Siap sedia untuk mainkan DLC besar akan datang dalam Rainbow Six Siege!

Judul DLC akan datang dalam Rainbow Six Siege yang berlatarbelakangkan Hong Kong telah didedahkan, iaitu Operation Blood Orchid. DLC ini akan dilancarkan pada 29 Ogos ini di PC, PS4 dan Xbox One.

Seperti yang kita sudah ketahui sebelum ini, DLC ini akan membawakan dua Operator dari Hong Kong (Hong Kong Special Duties Unit) dan satu Operator dari Poland (GROM ), serta satu map baru yang akan menggunakan lokasi Hong Kong.

Seperti kelaziman, Operator-Operator baru ini akan boleh diakses oleh pemilik Season Pass secara terus pada 29 Ogos, dan pemain-pemain lain boleh meng-unlocknya dengan menggunakan matawang dalam game seminggu selepas itu, iaitu pada 5 September. Untuk map baru tersebut pula, ia boleh dimainkan oleh semua pemain bermula 29 Ogos.

Ubisoft telah mengumumkan bahawa mereka akan memperlihatkan DLC ini dengan lebih lanjut pada acara Gamescom yang akan diadakan pada 26 Ogos ini, bersama-sama dengan Pro League Finals. Mereka juga telah mengeluarkan teaser trailer untuk DLC Operation Blood Orchid. Korang boleh saksikannya di bawah:

JomBaca: Rainbow Six Siege Akan Perkenalkan LAN Mode Untuk PlayStation 4 Tidak Lama Lagi

Comments

comments