Anda kini sudah boleh mencuba Rainbow Six: Siege Open Beta. Jadi, apakah pembaharuan yang telah dibawa dari Closed Beta tempoh hari?

rainbow-six-siege-press-button

Open Beta untuk game ini telah dibuka server-nya pada pukul 11 malam tadi. Dan kami sempat mencubanya untuk beberapa pusingan. Jadi, ini adalah beberapa pembaharuan yang dapat kami lihat, dibandingkan dengan Closed Beta yang dikeluarkan kira-kira lebih sebulan yang lepas.

JomBaca: Rainbow Six Siege: Open Beta Bermula 25 – 29 November Ini!

Cinematic Intro.

Terdapat Cinematic Intro sebelum kami dapat masuk ke menu utama. Dan Cinematic Intro ini boleh dikatakan agak menarik!

Casual & Ranked Server!

Terdapat dua pilihan apabila kami ingin bermain Multiplayer, iaitu Casual dan Ranked. Jelas melalui nama tersebut, Ranked adalah server yang akan mempengaruhi Rank para pemain apabila bermain di dalamnya, manakala Casual pula tidak.

rainbow-six-siege-casual-ranked

Penambahbaikan Menu.

Menu kelihatan terdapat sedikit perubahan, dan ianya nampak lebih kemas. Prosedur untuk meng-invite rakan-rakan untuk bersama dalam satu Squad juga dipermudahkan dan tidak begitu serabut jika dibandingkan dengan Closed Beta.

rainbow-six-siege-squad-invite

Perletakan Bom & Spawn Point Yang Rawak.

Dalam Closed Beta tempoh hari, pada setiap pusingan baru, pihak Defender diberi pilihan untuk memutuskan lokasi perletakan Bom (secara undian bersama rakan sepasukan). Manakala, pihak Attacker juga diberi pilihan untuk memilih spawn point yang dikehendaki.

Namun, untuk Open Beta ini, pilihan-pilihan tersebut tidak lagi diberikan. Kedua-dua pihak akan diberi lokasi Bom (bagi Defender) dan spawn point (bagi Attacker) secara rawak.

Pastinya, perkara ini diubah kerana sebelum ini, pihak Defender sentiasa akan memilih lokasi Bom yang mudah untuk dipertahankan, dan setiap pusingan akan diletakkan di tempat yang sama. Ini satu penambahbaikan yang sangat baik!

+++

Dari segi gameplay, tiada perubahan yang ketara dapat kami rasakan. Ia masih lagi mengekalkan gameplay competitive yang sangat realistik dan dinamik.

Game penuh Rainbow Six: Siege akan berada di pasaran bermula 1 Disember ini.

JomBaca: Rainbow Six Siege: Segala Info Tentang Sistem Progress & DLC Dalam Setahun

Comments

comments