Menjelang DLC baru Rainbow Six Siege yang akan dilancarkan pada minggu hadapan, Ubisoft telah mengeluarkan sebuah video terbaru untuk Operation Blood Orchid.

Video ini telah memperkenalkan dan memperlihatkan gameplay rasmi untuk tiga Operator baru yang bakal ditampilkan ke dalam DLC ini. Dalam masa yang sama, ia juga telah memberikan tips-tips asas bagaimana untuk mahir menggunakan tiga Operator yang digelar Ying, Lesion dan Ela.

Ying

Ying merupakan Operator menyerang dari Hong Kong Special Duties Unit. Abiliti yang beliau miliki adalah sebuah alat berbentuk bebola kecil yang apabila dilontarkan, akan membutakan musuh yang berada berdekatan, sama seperti flashbang. Apa yang membuatkan Operator efektik adalah Ying mempunyai kacamata yang menghalangnya daripada “terbuta” sama dengan lontarannya itu tadi, dan akhirnya akan membuatkan aksi menerjah dan menyerang itu lebih pantas, dalam keadaan musuh masih lagi “buta”.

Lebih menarik, Ying juga boleh menggunakan alatnya ini seperti alat cluster charge yang dimiliki Fuze. Ying boleh lekatkan bebola kecilnya itu di dinding yang boleh dipecah, dan kesannya akan diberikan ke bilik sebelah.

Lesion

Alat dimiliki oleh satu lagi Operator dari Hong Kong ini adalah mine yang boleh memberikan racun kepada musuh. Lesion adalah Operator bertahan yang boleh sekurang-kurangya memperlahkan pergerakan musuh atau terus mematikannya.

Apabila musuh terpijak mine ini, sejenis racun akan terlekat ke kakinya, mengurangkan penglihatan dengan skrin bertukar kehijauan serta memberikan kesan kepada nyawa selagi mana racun itu melekat. Musuh yang terkena ini mempunyai dua pilihan, sama ada mencabut racun itu di kaki, yang mana ia akan mendedahkannya kepada bahaya buat beberapa saat; atau membiarkan racun itu melekat dan meneruskan perjalanan, tetapi kesakitan racun itu harus dihadapi.

Ela

Operator bertahan dari Poland (GROM) ini memiliki sebuah alat yang boleh dilekatkan di kebanyakan dinding. Apabila musuh terkena laser daripada alat yang diletakkan Ela ini, musuh akan hilang pendengaran buat seketika, serta mengkaburkan skrin dalam keadaaan pening-pening lalat.

Sejurus sahaja musuh terkesan daripada alat ini, detik itulah yang terbaik untuk Ela mengorak langkah dan melakukan serbuan-serbuan yang berkesan kerana musuh tidak akan dapat mendengar apa-apa pergerakan.

Korang boleh saksikan bagaimana Ubisoft menerangkan tentang ketiga-tiga Operator baru akan datang ini dalam video di bawah:

Operation Blood Orchid pada awalnya akan dilancarkan pada 29 Ogos ini, namun Ubisoft telah menunda dan tarikh baru pelancarannya adalah pada 5 September. Pemilik Season Pass akan terus boleh memainkan tiga Operator ini pada hari pelancaran, manakala para pemain lain hanya boleh unlock Ying, Lesion dan Ela seminggu selepas itu menggunakan matawang dalam game.

Dalam Operation Blood Orchid, map baru yang bakal dikeluarkan adalah Theme Park.

JomBaca: Rainbow Six Siege Akan Perkenalkan LAN Mode Untuk PlayStation 4 Tidak Lama Lagi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.