Percubaan percuma hujung minggu datang lagi!

Ubisoft telah mengumumkan satu lagi percubaan hujung minggu bagi game shooter popular mereka, Rainbow Six Siege di kesemua platform yang ada untuk game ini: PC, PS4 dan Xbox One.

Di bawah adalah waktu dan tempoh percubaan ini bermula dan tamat bagi setiap platform, mengikut waktu Malaysia:

  • PC: Bermula pada 17 November, 1 pagi, dan tamat pada 20 November, 4 pagi.
  • PS4: Bermula pada 16 November, 9 malam, dan tamat pada 20 November, 9 malam.
  • Xbox One: Bermula pada 16 November, 3 petang, dan tamat pada 20 November, 3 petang.

Untuk pemain di PC dan PS4, korang boleh pre-load terlebih dahulu sebelum memulakan sesi percubaan ini. Di bawah adalah waktu korang boleh mula pre-load:

  • PC: Bermula pada 15 November, 1 pagi.
  • PS4: Bermula pada 15 November, 2 pagi.

Seperti kelaziman mana-mana game yang menawarkan sesi percubaan, sesi pada kali ini juga akan membenarkan pemain yang mencuba membawa segala progress yang diperoleh ke dalam game penuh sekiranya mereka berhasrat untuk membelinya selepas itu.

Tambahan pula, Ubisoft turut mengadakan jualan promosi untuk Rainbow Six Siege dari 16 hingga 27 November ini sebanyak 60% untuk semua pemain. Jadi ini adalah peluang terbaik korang yang belum pernah mencuba game ini, dan seterusnya mendapatkan game ini sekali.

Awal bulan ini, Ubisoft telah mendedahkan judul untuk DLC terakhir bagi tahun kedua Rainbow Six Siege – iaitu Operation White Noise. Ubisoft turut telah mengeluarkan sebuah video trailer untuk map yang bakal dilancarkan dalam DLC ini, digelar Mok Myeok Tower yang terletak di tengah-tengah kota Seoul.

Comments

comments