Tidak tahu untuk memainkan game apa pada dua hujung minggu akan datang? Jom cuba dua game shooter yang sangat popular ini.

Kepada anda yang masih belum pernah bermain dua game shooter yang mendapat sambutan yang sangat hangat ini, dua hujung minggu ini pastinya adalah masa yang terbaik untuk mencuba Rainbow Six Siege dan Overwatch.

tom-clancys-rainbow-six-siege-explosion

Dalam post yang yang dikeluarkan oleh PlayStation, game penuh Rainbow Six Siege keluaran Ubisoft akan boleh anda mainkan secara percuma di PS4 pada 11 hingga 13 November ini. Buat masa ini, tiada sebarang pengumuman Free Trial Weekend ini akan diadakan di PC dan Xbox One. Kami akan laporkan sekiranya terdapat penambahan info.

Dalam post tersebut, mereka mengatakan, menjelang DLC Operation Red Crow yang akan diperkenalkan pada hujung minggu ini, jumlah pemain aktif kini semakin bertambah – iaitu di sekitar 10 juta pemain.

[KEMASKINI]: Ubisoft telah mengumumkan bahawa Free Weekend Trial ini akan diberikan untuk pemain di PC juga. Apabila anda memainkannya pada hujung minggu ini, anda akan diberikan diskaun sebanyak 50 peratus di PC, dan 57 peratus di PS4 bagi membeli game penuhnya selepas sesi percubaan percuma ini tamat. Anda sudah boleh mula muat turun dan mainkannya sekarang, dan untuk pemain PS4, PlayStation Plus tidak diperlukan untuk bermain Multiplayer.

overwatch-sombra-00

Pada hujung minggu hadapannya, cuba pula game shooter keluaran Blizzard Entertainment. Overwatch akan boleh anda mainkan secara percuma di PC, PS4 dan Xbox One dari 18 hinnga 21 November ini, seperti yang diumumkan dalam blog mereka.

Seperti juga Free Weekend Trial yang pernah mereka lakukan sebelum ini, ia akan memberikan anda kepada akses game penuh – lengkap dengan kesemua 22 Heroes, 13 map dan game mode. Semua progress yang anda peroleh pada hujung minggu tersebut akan boleh dibawa sekiranya anda memutuskan untuk membeli game ini.

Comments

comments