Game ini telah mengejutkan ramai gamers dan menerima reaksi positif apabila gameplay demo yang pertama kali dilihat pada E3 2014.

Setelah menunggu kira-kira setahun setengah dari penampilan pertama itu, akhirnya game ini telah dilancarkan. Jadi, ini adalah review Tom Clancy’s Rainbow Six Siege kami – Boleh Beli or Boleh Blah!?

rainbow-six-1

Ketiadaan Story Campaign.

Ketiadaan Story Campaign pastinya telah mengecewakan ramai pemain. Malah, ‘hype’ yang telah timbul pada E3 2014 tersebut mungkin telah sedikit pudar apabila setelah itu mereka mengumumkan bahawa game ini takkan mempunyai Story Campaign.

Rainbow Six sebagai sebuah franchise yang selama ini menyajikan Story Campaign yang amat baik, mungkin telah kehilangan sebilangan peminat tegar siri ini yang sentiasa ternanti-nantikan pembaharuan kepada Story Campaign untuk game ini. Tambahan pula, title Rainbow Six: Patriots yang telah dibatalkan oleh Ubisoft selepas mereka mengumumkannya pada tahun 2011 – telah sedikit sebanyak menghantui perasaan para peminat tegar kepada siri Rainbow Six ini.

rainbow-six-2

Apa yang lebih membuatkan game ini pelik bin ajaib, ia sebenarnya mempunyai asas kepada sesebuah penceritaan yang cukup baik dan kukuh. Masuk sahaja kepada game ini, ia telah menampilkan sebuah cinematic intro yang sangat, sangat baik. Cinematic shot serta naratif yang telah dipaparkan pastinya akan membuatkan seseorang yang tidak tahu bahawa game ini tiada Story Campaign, akan menganggap bahawa game ini mempunyai Story Campaign yang sangat menarik.

Ia telah menceritakan bagaimana sebuah pertubuhan penjenayah yang telah mencipta suatu bahan kimia yang telah disebarkan ke seluruh dunia. Bahan kimia tersebut telah meragut ramai nyawa dan telah menghuru-harakan penduduk bumi.

Oleh sebab itu, beberapa pasukan polis elit atau unit tindakan khas dari beberapa negara telah bersatu dan berjanji akan mencari siapakah dalang disebalik onar yang telah tercipta. Maka, dengan alasan itulah game ini telah memperlihatkan bagaimana FBI, SAS dan Spetsnaz (sekadar memberi beberapa contoh) dapat bersatu dan bekerjasama dalam satu pasukan.

rainbow-six-gign

Lebih-lebih lagi, apabila pemain telah berjaya menghabiskan 10 mission Situations (akan diulas di bawah), sebuah mission istimewa akan di-unlock, iaitu Article 5 – sebuah mission co-op yang disajikan dengan cinematic intro pendek yang sangat memukau.

Perkara ini telah membuatkan kami tertanya-tanya, bagaimana cinematic intro sahaja sudah mampu diolah dengan baik tetapi tidak menampilkan sebuah Story Campaign yang penuh?! Sesuatu yang amat rugi!

Adakah ia bakal memperkenalkan Story Campaign itu dalam sebuah DLC akan datang? Sama-sama kita nantikan!

rainbow-six-3

Customize Semasa Dalam Match.

Sebagai game yang memfokuskan elemen-elemen yang sangat kompetitif (akan diulas lebih lanjut di bawah), setiap detik adalah emas – setiap round adalah berharga. Masa antara satu round ke satu round yang lain pastinya akan digunakan sebaik mungkin oleh setiap pemain untuk memastikan round yang seterusnya kekal menjadi milik mereka atau mahukan round yang boleh ‘turn the table’ sekiranya mereka sedang ketinggalan.

Namun, masa antara satu round ke satu round yang lain hanya membenarkan kita untuk memilih Operator sahaja, dan tidak membenarkan kita untuk menukarkan atau membeli attachment/accessories kepada sesebuah primary weapon. Perkara ini mungkin kelihatan remeh kepada sesetengah pihak, namun bagi kami, ia merupakan antara faktor yang mampu mempengaruhi round yang akan dimainkan selepas itu.

rainbow-six-4

Semua loadout customization ini perlu dilakukan di menu utama, dan ia sedikit leceh jika difikirkan kerana ia boleh merencatkan momentum yang sedang dirasai oleh para pemain.

Kekurangan Attachments Terhadap Primary Weapon.

Di sebalik menampilkan pelbagai Operator yang unik, senarai attachment/accessories terhadap primary weapon yang disajikan adalah sangat kurang. Jika dibandingkan dengan apa yang terdapat dalam Battlefield 4, bilangan grip sahaja Battlefield 4 memiliki 6 jenis, di mana Rainbow Six: Siege hanya mempunyai 1 jenis grip sahaja.

rainbow-six-loadout

Selain itu, antara attachment/accessories yang kami rasa boleh dan menarik jika dapat kita lihat dalam game ini adalah seperti flash/tactical light, green laser sight, magnifier dan bipod.

Realistik, Taktikal & Kompetitif.

Game ini bukanlah calang-calang game. Ia merupakan sebuah game yang telah memberi nafas dan dimensi baru kepada genre first-person shooter. Seperti yang kita semua tahu, feature paling utama dalam game ini adalah destruction. Tidak perlu kita ulas panjang dengan destruction yang terdapat dalam game ini. Cukuplah dengan mengatakan bahawa ia adalah sangat, sangat memukau.

Dari kesan bunyi, grafik yang dipaparkan apabila berlakunya destruction tersebut serta segala rencah dan rempah yang telah diadun ke dalam game ini membuatkan punggung kami tidak senang duduk semasa bermain. Ia merupakan sebuah game yang membuatkan kita tidak boleh leka walaupun sesaat – setiap langkah, keputusan, peluru dan posisi akan mempengaruhi permainan korang sama ada berjaya menumpaskan musuh atau menanggung kekalahan yang memalukan!

Kami dengan yakinnya ingin mengatakan bahawa, Rainbow Six: Siege merupakan game bergenre shooter paling realistik dan kompetitif yang pernah kami mainkan. Segala kekurangan yang telah disebutkan di atas hanyalah kekurangan yang terlalu kecil jika ingin dibandingkan dengan apa yang telah dibawakan game ini secara keseluruhan.

Taktik Mengatasi Teknik!

Game ini bukanlah sebuah game yang jika pemain adalah seorang pemain sharp-shooter, maka pemain tersebut akan mendominasi pemain yang lain. Bukan begitu caranya. Ia adalah sebuah game menaruhkan sesuatu strategi yang penuh dengan taktikal. Sama ada pemain adalah sharp-shooter ataupun tidak, ia jatuh nombor dua. Taktik mengatasi teknik.

Timing, komunikasi, equipment dan gajet adalah sahabat baik korang. Melalui timing dan komunikasi yang tepat serta menggunakan gajet yang betul, ia mampu membuatkan sesebuah pasukan itu meraih kemenangan dalam beberapa saat sahaja! Dan sebaliknya, sekiranya sesebuah pasukan tersilap langkah, kekalahan yang tidak disangka-sangka juga akan berlaku dalam beberapa saat juga!

Dan bercakap soal equipment dan pergerakan pula, pergerakan yang Penulis secara peribadi paling gemar adalah rappelling. Dengan pergerakan rappelling dalam keadaan badan terbalik yang seterusnya membenarkan kita menerjah dan melompat masuk melalui tingkap-tingkap dan bumbung-bumbung membuatkan Penulis berasa seperti seorang polis elit yang sebenar. Ia sungguh badass!

rainbow-six-operators

Operator Yang Sangat Unik.

Operator yang ditampilkan dalam game ini adalah sangat teliti dan unik. Apa yang lebih baik adalah ia sangat seimbang antara satu sama lain – di mana tidak ada Operator yang terlalu over-powered. Bermakna, setiap Operator akan memerlukan antara satu sama lain.

Pemilihan Operator yang tepat memainkan peranan yang amat penting bagi setiap map dan game mode yang akan dimainkan. Sebagai contoh, mungkin ia tidak sesuai untuk memilih Operator Fuze dan Ash apabila kita bermain game mode Hostage. Ia kerana menerjah sesuatu bilik dengan bahan-bahan letupan yang terlalu kuat boleh mencederakan tebusan yang sepatutnya ingin dibawa keluar dengan selamat.

Apa yang lebih menarik, apabila meng-unlock sesuatu operator baru, ia memaparkan kepada kita cinematic video bagi Operator masing-masing. Dan ianya, OMG, sangat, sangat mengujakan dan mengagumkan walaupun ia adalah sebuah video pendek sahaja. Cinematic video Operator Pulse, Fuze dan Castle adalah yang paling kami kagumi. Korang tengok sajalah sendiri di bawah ini!

Kesan Bunyi Yang Padu.

Apabila berbicara tentang elemen realistik, pastinya kesan bunyi memainkan peranan yang sangat penting. Dan kesan bunyi yang dibawa ke dalam game ini adalah sungguh memuaskan. Dengan kesan bunyi yang padu semasa melakukan letupan, dicampur pula dengan teknologi Havok FX yang digunakan untuk destruction, di mana ketelitian terhadap serpihan-serpihan kepada permukaan yang sedang meletup – membuatkan kita berasa seperti benar-benar dalam situasi yang kelam-kabut.

Apa yang lebih mengagumkan adalah apabila kita membuat lubang di sesuatu permukaan, hatta yang bersaiz kecil saja sekali pun, ruang-ruang lubang tersebut boleh menembuskan bunyi dari situ. Korang boleh tengok video di bawah ini tentang bagaimana mereka mencipta kesan bunyi yang sangat realistik ini.

Replay Value Yang Tinggi.

Gameplay yang telah dibawa adalah sungguh teliti dan sangat mengujakan. Sejak hari pertama lagi dimainkan, kami sentiasa ingin mempelajari ketelitian yang terdapat di dalam game ini. Setiap round yang habis membuatkan kami sentiasa tidak puas, dan sungguh sukar untuk berhenti.

Replay value yang disajikan dalam game ini adalah sangat tinggi. Di sebalik cakap-cakap kosong yang dibualkan oleh sesetengah pemain yang mengatakan map yang terdapat dalam game ini adalah terlalu sedikit – kami merasakan mereka adalah silap. Game ini menampilkan 11 map di mana setiap map boleh dimainkan pada waktu siang ataupun malam, dalam 3 game mode (Multiplayer) – iaitu Bomb, Secure Area dan Hostage.

Jika korang merasakan jumlah map dan game mode yang disediakan tidak terdapat replay value yang tinggi, ternyata korang adalah salah. Setiap map sekurang-kurangnya mempunyai 2 atau 3 tingkat, dan setiap tingkat dapat kami rasakan seolah-olah berada dalam map yang lain. Dengan segala destruction yang boleh diletupkan di pintu, tingkap, bumbung dan lantai, pastinya ia memiliki replay value yang sangat tinggi!

Situations & Terrorist Hunt

Selain mode Multiplayer yang menjadi tarikan utama, game ini juga menyediakan dua game mode sampingan iaitu; Terrorist Hunt (Co-op mission) dan Situations (Training Mission).

rainbow-six-terrorist-hunt

Terrosrist Hunt boleh dimainkan bersama rakan, matchmaking bersama orang lain (5 pemain dalam satu skuad) ataupun bermain game mode ini secara lone wolf. Tiada apa yang menariknya mengenai game mode selain hanya game mode co-op yang typical. Tiada variasi kepada objective, di mana ia hanyalah persamaan kepada mode-mode yang terdapat dalam Multiplayer. Yang membezakannya hanyalah musuh para pemain, iaitu AI.

Situations pula adalah single-player training mission yang mengajar tentang asas-asas yang perlu para pemain mahirkan. Ia boleh dikatakan sebuah game mode yang berguna. Ia boleh menjadi medan latihan kepada para pemain yang baru sahaja pertama kali memainkan game bergenre shooter ini.

rainbow-six-situations

Sebelum bermulanya setiap Situations, terdapat tutorial video yang mengajarkan pemain bagaimana untuk berjaya melepasi Situations yang akan dimainkan selepas ini. Yang lebih penting, ia mengajarkan pemain dengan kemahiran-kemahiran asas seperti bagaimana ingin approach sesebuah bilik dengan baik, bagaimana ingin menggunakan Breach Charge, bagaimana ingin menyelematkan tebusan, dan banyak lagi.

Seperti yang telah disebutkan di atas, apabila pemain telah berjaya menghabiskan 10 mission Situations ini, sebuah mission istimewa akan di-unlock, iaitu Article 5. Ia adalah mission co-op yang dimainkan di sebuah universiti yang sedang diserang oleh pengganas. Ia sangat menarik!

Ambil Hati Komuniti.

Sebelum mereka melancarkan game ini, telah terdapat Closed Alpha, Closed Beta, Open Beta dan beberapa lagi technical test yang mereka lakukan untuk memperbaiki game ini dari semasa ke semasa. Dan sepanjang waktu itu, telah banyak perkara yang telah mereka ubah – di mana perubahan itu adalah dari maklum balas yang diterima dari komuniti. Antara perkara yang kami nampak mereka ubah adalah:

  • Hit marker: Sebelum ini, jika pemain menembak enemy dan memberi damage kepada mereka (belum lagi mendapat kill), terdapat hit marker pada skrin si penembak. Ini membuatkan pemain menyalahgunakannya dan akan menembak dinding-dinding dan jika terdapat hit marker, mereka telah mengetahui bahawa terdapat enemy di situ. Ia telah diubah, di mana hanya confirmed kill sahaja yang akan mendapat hit marker.
  • Masa antara round: Masa antara satu round ke round yang lain telah dipendekkan selepas ramai yang mengadu bahawa waktu tersebut terlalu lama dan boleh mengganggu momentum sesuatu match.
  • Gameplay shield: Sebelum ini, terlalu ramai pemain yang gemar untuk memakai ballistic shield kerana ia merupakan antara equipment yang sangat mudah untuk menumbangkan lawan. Dengan accuracy hip fire untuk pistol semasa menutup badan dengan shield yang sangat tinggi membuatkan ia adalah combo yang amat over-powered. Kini, ia telah diubah dan accuracy hip fire tersebut telah dikurangkan.

rainbow-six-6

Tambahan pula, dengan pengumuman sebelum ini yang mengatakan game ini bakal menyediakan DLC percuma sepanjang tahun pertama, ia menampakkan developer benar-benar ingin menjaga hati komuniti.

Server Lancar, Ping Baik.

Keresahan serta kekecewaan para peminat game ini semasa Closed dan Open Beta terhadap masalah matchmaking dan server yang tidak stabil akhirnya dapat diubati pada pelancaran game ini sejak hari pertama lagi. Mungkin ia tidak sesempurna mana, di mana kadang-kala terdapat juga disconnetion dan matchmaking yang lama, namun, ia sangatlah jarang.

Server-nya adalah jauh lebih baik daripada apa yang mereka sediakan pada Open dan Closed Beta dulu. Kebiasaannya matchmaking adalah sangat pantas membuatkan kami nak pergi buang air kecil pun tak sempat! Balik saja dari tandas, match dah start! Fuhh!

Dan setakat ini ping pada setiap server yang kami mainkan adalah sangat-sangat baik. Kami tidak pernah lagi bermain di server yang mempunyai ping yang melebihi dari 80. Kudos Ubisoft!

Penyediaan Custom Match.

Penyediaan Custom Match juga harus diberikan pujian, selari dengan objektif game ini untuk menjadikan ia sebuah game yang sesuai dimainkan sebagai e-sport. Mode Custom Match ini sangat ringkas, mudah dan tidak serabut membuatkan bermain bersama 10 rakan kami (5 vs 5) sangatlah menyenangkan!

rainbow-six-custom-match

Keputusan: BOLEH BELI or BOLEH BLAH!?

BOLEH BLAH! – Jika korang mencari game yang tidak terlalu berat dan lebih kepada santai, game ini bukanlah untuk korang. Rainbow Six: Siege memerlukan jumlah masa yang banyak dan tahap fokus yang tinggi untuk benar-benar memahami keseluruhan game ini. Korang mungkin tidak akan berasa seronok bermain game ini kalau korang mengambil game ini secara ringan.

Juga, kalau korang peminat setia kepada mode Story Campaign, bak kata orang #singleplayerforlyfe, game ini sudah pastilah bukan game yang korang cari. Tentunya korang adalah antara ribuan pemain di luar sana yang telah kecewa dan menangis di tepi sudut sepi kerana ketiadaan Story Campaign dalam game ini.

BOLEH BELI! – Realistik, Taktikal dan Kompetitif – jika itu adalah elemen yang korang idamkan selama ini, Rainbow Six: Siege adalah game yang korang wajib dapatkan. Elemen-elemen ini telah diadun dengan sempurna dan ia adalah sesuatu yang korang tak mampu dapatkan dalam mana-mana game yang ada di pasaran kini.

Dan pastinya kalau korang mahukan game yang mempunyai jangka hayat yang panjang, game ini juga adalah sangat sesuai dengan korang. Yang paling penting, jangka hayat yang panjang itu tidak diperah dengan DLC-DLC berbayar. Seperti yang telah disebutkan tadi, mereka akan menyokong game ini dengan DLC percuma dalam masa setahun yang pertama – di mana terdapat map dan Operator yang baru pada setiap DLC.

Ketiadaan Story Campaign
Mempunyai asas kepada Story Campaign yang tidak digunakan
Kekurangan customization semasa dalam match
Kekurangan attachments terhadap primary weapon
Tiada variasi dalam Terrorist Hunt

+ Adunan elemen realistik, taktikal dan kompetitif yang sempurna
+ Destruction yang memukau
+ Kepelbagaian teknik menyerbu
+ Operator yang sangat unik
+ Kesan bunyi yang padu
+ Replay value yang tinggi
+ Server yang lebih lancar
+ Penyediaan Custom Match

JomBaca: Rainbow Six Siege: Senarai Trophy/Achievement Sudah Boleh Dilihat

Comments

comments