Genre FPS sekarang mengalami ketandusan game yang mengutarakan gameplay yang bertemakan taktikal. Adakah kehadiran Siege bakal mengubah semua ini?

Rainbow-Six-Siege

Nampaknya Ubisoft Montreal benar-benar ingin menjadikan siri ini kembali menjadi sebutan. Pelbagai ciri-ciri seperti teamwork, taktikal dan stealth dalam usaha menjadikan Siege terbaik dalam siri Rainbow Six. Artikel kali ini, kami akan bawa korang mengenali lebih lanjut mengenai game yang kami di JomGaming sendiri tak sabar menanti!

1. Operator boleh mengubah arus perlawanan, memberi taktikal baru kepada pasukan.

Rainbow-Six-Siege-house-out

Siege akan mengemukakan 20 operator yang terdiri daripada pelbagai pasukan khas yang terdapat diseluruh dunia. Setiap operator ini mempunya ciri-ciri yang tersendiri seperti boleh membawa beberapa bahan letupan dan ada juga operator yang boleh merosakkan barangan elektronik bagi melumpuhkan sensor musuh.

Elak daripada menggunakan 2 operator yang sama dan cuba menggabungkan kebolehan operator supaya memberikan kelebihan dalam medan peperangan.

2. Musnahkan enviroment bagi membantu korang mencapai kemenangan.

Rainbow-Six-Siege-destruction

Pintu kene block? Tingkap kene tutup jugak? Semua itu tak menjadi penghalang dalam Siege. Lantai pun boleh korang lubangkan bagi mewujudkan jalan baru untuk memberi ambush pada pihak lawan. Gunakan bahan letupan dengan bijak kerana ia adalah terhad.

Dengan menggunakan engine RealBlast, kemusnahan tak akan kelihatan sama setiap kali ia berlaku! Awesome bukan?!

3. Kepentingan audio adalah sama penting dengan visual dari segi taktikal.

rainbow-six-siege-gameplay

Pasti ramai yang terlepas pandang mengenai ini. Selain visual yang mantap dalam Siege, audio turut memberi advantage dalam usaha mencapai kemenangan. Bagaimana? Dalam Siege, korang boleh dengar aktiviti di bilik berdekatan dan juga bunyi kehadiran individu yang semakin hampir. Ditambah pula dengan audio surround, korang dapat merasakan arah sumber bunyi tersebut.

Ingat, segala perbuatan seperti melangkah, turun menggunakan tali dan juga reload akan mengeluarkan bunyi. Ini semua memberikan faktor dalam kalah atau menang pasukan anda!

4. AI dalam mode Terrorist Hunt akan pasti cuba menewaskan korang.

Rainbow-Six-Siege-rapel-down

Siege telah diumumkan tidak akan mempunyai campaign mode ataupun story mode. Namun begitu, ini tidak bermakna ia tak mempunyai AI untuk korang boleh lawan. Menurut Ubisoft Montreal, game ini akan disertakan sebuah AI yang akan bertindak sebagai “Strategy Manager”. Ia akan cuba mengubah corak pelawanan dan akan counter taktik yang korang sedang gunakan. Sempoi kan?

5. Siege akan diberikan support dalam jangka masa yang lama.

Ubisoft telah mengumumkan bahawa mereka akan memberikan update seperti class/weapon balancing sekurang-kurangnya setahun. Selain itu, map percuma akan diberikan kelak selepas game berada dipasaran.

6. Developer memberikan perhatian kepada komen dalam komuniti gaming.

Sejak Siege dikeluarkan dalam versi Alpha dan Beta, Ubisoft Montreal kerap berhubung ngan komunitinya dalam usaha membaik pulih bug dan juga memastikan keseimbangan operator dan senjata. Banyak input telah membantu mereka memperbaiki Siege kepada suatu game yang terbaik.

Jikalau korang minat untuk berkongsi pendapat dengan komuniti Rainbow Six, korang boleh join di forum official mereka dan juga subreddit Rainbow Six.

Apa pendapat korang mengenai tentang Rainbow Six: Siege? Ada yang kami terlepas pandang? Berikan komen jika ada.

Jangan lupa baca ni: Shooter Meletop Akhir Tahun: SW Battlefront vs Rainbow Six Siege vs CoD: Black Ops 3!

Comments

comments