Seperti yang korang tahu, Rainbow Six: Siege bukan sahaja memerlukan skill gunplay yang baik, namun yang lebih penting adalah taktik-taktik yang sukar dijangka pihak lawan.

rainbow-six-doc

Dengan itu, jom baca apa yang kami nak kongsikan dengan korang mengenai taktik-taktik kotor lagi melicikkan yang korang boleh praktikkan dalam game nanti.

1. Main Cak-Cak Dengan Hostage

Sebagai Attacker dalam game mode Hostage, korang boleh memainkan perasaan enemy dengan bermain-main drone di berdekatan dengan hostage. Tipsnya adalah, korang perlulah pusing-pusing dan lompat-lompatkan drone korang bagi menaikkan lagi darah enemy.

Dengan provokasi seperti ini, diorang akan mula stress! Pastinya, enemy akan cuba untuk menembak drone korang, dan situasi ini boleh mengakibatkan diorang tertembak hostage.. dan.. korang pun menang round itu. Ahh, liciknya!mr-bean-oh-yes

JomBaca: Rainbow Six Siege: Patch Update 1.1: Apa Yang Telah Dibaiki?

2. Shock Drone Yang Berbisa

Masih lagi berkisar tentang drone yang mampu memainkan perasaan pihak lawan. Bagi yang sudah mahir menggunakan operator Twitch, pastinya Shock Drone tidak asing lagi dalam penggunaan korang. Namun, bagi yang tidak mengetahui, Shock Drone yang terdapat dalam Twitch bukan sahaja mampu mematikan elektronik-elektronik device dari jauh, malah mampu memberi damage kepada enemy sebanyak 10% nyawa.

Mahirkan untuk menembak kemudian menyorok dengan pantas di sudut-sudut yang sukar untuk dilihat enemy. Tembak, sorok, tembak, sorok.. dan ulang. Dengan cara ini, enemy akan terpinga-pinga dengan penuh kemusykilan mencari di manakah makhluk yang memberikan renjatan elektrik ini.

Dan kalau enemy telah down (memerlukan revive dari rakan), korang akan mampu membunuh diorang terus dengan satu tembakan. Ahh, lick sungguh permainan korang!

rainbow-six-6

3. Dapatkan Health 50% Semula!

Korang dah nyawa-nyawa ikan? Jangan risau. Taktik yang boleh digunakan semasa menjadi Defender dan Attacker, di mana sekiranya nyawa korang tinggal sedikit, arahkan rakan korang untuk menembak kaki korang, kemudian minta diorang revive semula. Dengan cara ini, nyawa korang akan kembali kepada 50% semula!

Namun, harus diingat, setiap pemain dibenarkan untuk melakukan taktik kotor ini sekali sahaja dalam satu round. Kalau korang buat lagi dalam round yang sama, tak dapatlah korang nak revive semula. Tak dapek den nak nolong ehh..

rainbow-six-operators

4. Jadikan Umpan Dulu

Kalau korang berjaya menjatuhkan enemy (perlukan revive), korang mempunya view yang jelas terhadap enemy tersebut, serta dia tidak ada ruang lain untuk melarikan diri, jangan terus matikan diorang dulu. Sebaliknya, biarkan diorang hidup dulu dan jadikan diorang sebagai umpan untuk teammate diorang datang untuk revive. Sesampai teammate diorang, BANG, selesaikan diorang berdua sekaligus like a boss.

Taktik ini juga wajib dijadikan peringatan kepada korang sekiranya teammate korang yang memerlukan revive. Pastikan korang berkomunikasi dengan teammate supaya korang tidak terperangkap dan dibaham oleh enemy. Begitu juga kalau korang sendiri yang memerlukan revive dan enemy pula melakukan taktik ini. Larang teammate korang untuk datang me-revive-kan korang, dan biarkan saja korang mati di sudut sepi dengan penuh pengorbanan. Jasamu akan dikenang!

rainbow-six-sledge

So, amacam? Korang ada juga taktik yang kotor, kejam dan licik lagi menyeksakan? Jom kongsikan dengan kami.

JomBaca: Rainbow Six Siege: 5 Tips Untuk Elakkan Rakan Memanggil Korang Noob!

Comments

comments