Dah bosan dengan third-person? Kita cuba first-person pula!

PUBG Mobile telah mengeluarkan kemaskini 0.6.0 yang membawakan pelbagai pembaharuan. Antara yang paling mendapat perhatian ialah penambahan pandangan first-person ke dalam game ini.

Selain itu, mereka turut memperkenalkan satu mode baru yang digelar Mini-Zone. Ia sebuah mode yang meletakkan 100 pemain dalam bulatan yang lebih kecil dengan loot yang tiga kali ganda. Permainan akan menjadi lebih laju dan lebih huru-hara.

Opsyen Armory juga telah ditambah yang mana ia membolehkan pemain untuk melihat statistik bagi setiap senjata dan menganalisa prestasi aksesori senjata. Emote juga telah ditambah ke dalam PUBG Mobile.

Korang boleh saksikan trailer kemaskini 0.6.0 PUBG Mobile di bawah:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.