PlayerUnknown’s Battlegrounds ialah game ketiga terbaik dari segi penjualan di Steam. Gabe Newell, pengasas Steam dan penerbit Valve mendedahkannya semasa dalam temu bual di ibu pejabat syarikat itu di Bellevue, Washington.

Pengumuman ini bukanlah berita yang paling mengejutkan. Sejak ia dilancarkan pada bulan Mac tahun lepas, game itu telah terjual sebanyak lebih daripada 30 juta di platform PC sahaja. Dengan tambahan 3 juta di Xbox One dan ia merupakan game bukan buatan dari Valve yang paling banyak dimainkan.

Kejayaannya yang memberangsangkan ini telah membawa kepada beberapa buah game yang mengambil inspirasi konsepnya yang sama seperti Fortnite: Battle Royale.

Kejayaan itu memberi keuntungan kepada Valve untuk membuktikan bahawa game kecil boleh dibuktikan dengan membawa keuntungan yang berlipat ganda.

“Pelaburan itu dapat membantu perkara yang bagus untuk industri gaming. Jadi kamu boleh mendapatkan game terbaru seperti PUBG dan kerana mereka boleh menguasai terhadap kesemua game multiplayer yang lain, teknologi, memandangkan China sekarang mempunyai pasaran yang besar untuk sesiapa sahaja yang melakukan pembangunan game PC. Jadi PUBG boleh keluar di mana-mana sahaja dan boleh menjadi game ketiga terbaik yang dijual dalam sejarah Steam. Pendapatan mereka sepanjang masa sudah membuktikannya,” kata Gabe Newell.

Semasa sesi temu bualnya, Newell tidak memberitahu game manakah yang mendapat tempat kedua dan pertama dalam senarai game yang paling berjaya di Steam.

Sumber: Rolling Stone

Comments

comments