PlayerUnknown’s Battlegrounds merupakan satu kejayaan besar sejak ia dikeluarkan pada bulan Mac 2017. Dan telah mencapai seramai 4 juta pamain di Xbox One sejak ia dilancarkan pada bulan Disember tahun lepas.

Dalam masa 8 bulan sahaja, ia telah meraih pendapatan sebanyak USD712 juta (RM2.78b) menurut laporan terbaru. PUBG telah melepasi jualan Overwatch dan CS:GO, jumlah keuntungan yang diperolehinya boleh diumpamakan jualan dua game tersebut digabungkan. Menurut analisa dari laporan ulasan firma SuperData tahun 2017 (menerusi VG247).

Manakala, laporan tersebut menyatakan bahawa Overwatch telah meraih sebanyak $382 juta sementara CS:GO pula meraih sebanyak $341 juta dan 12% dari kesemua pendapatan dijana di platform PC telah ditarik masuk dari PUBG.

Laporan itu memaparkan beberapa pecahan ke atas prestasi untuk game-game PC yang lain. Korang boleh lihatnya di laman web SuperData.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.