PlayerUnknown’s Battlegrounds kini telah mencapai jumlah seramai 4 juta pemain di Xbox One. 

Untuk meraikan kejayaan tersebut, Microsoft dan PUBG Corp. mahu memberikan 30,000 Battle Points kepada pemain Xbox One sebagai hadiah. Battle Points itu boleh digunakan untuk membeli crates kosmetik dalam game.

Sesiapa yang membeli atau sudahpun membeli PUBG di Xbox One dan telah mencipta karakter sebelum 31 Januari akan menerima bonus ini. Bonus Battle Points akan dihantar dan muncul terus kepada akaun BP pemain selepas 1 Februari.

Pada awal bulan ini, mereka telah mengumumkan bahawa PUBG telah mencapai seramai 3 juta pemain sejak ia dilancarkan menerusi Xbox Game Preview pada awal bulan Disember.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.