Masa untuk bawa balik chicken dinner dari MCG 2018!

Sebelum ini, Malaysia Cyber Games 2018 telahpun diumumkan, mendedahkan lapan video game bakal dipertandingkan dalam kejohanan esport antara yang terbesar di Malaysia ini. Kami telah melaporkan bahawa sejumlah sembilan game akan dipertandingkan, tetapi hanya lapan senarai game sahaja diumumkan ketika itu.

Terbaru, pihak penganjur telah mendedahkan game ke-9 yang dinanti-nantikan itu adalah game yang paling hangat masakini, game yang baru sahaja mencecah 3 juta pemain serentak di Steam – PlayerUnknown’s Battlegrounds!

Slot untuk pertandingan PUBG adalah sangat terhad, iaitu hanya sebanyak 25 skuad (satu skuad memiliki 4 pemain). Sejumlah enam pusingan akan dimainkan, yang mana setiap satu kill akan mendapat 10 markah, serta setiap kedudukan yang diperoleh dalam setiap pusingan mempunyai markahnya yang tersendiri. Lagi lama skuad bertahan, lagi tinggi markah yang diperoleh.

Selepas enam pusingan berakhir, skuad yang mempunyai markah tertinggi akan dinobatkan sebagai juara.

Lebih menarik, ia hanya membenarkan pemain untuk menggunakan pandangan first-person (FPS), dan tidak boleh menggunakan third-person.

Buat masa ini, pihak penganjur masih belum mengumumkan hadiah kemenangan untuk pertandingan PUBG.

[KEMASKINI]: Pihak penganjur telah mengumumkan hadiah terkumpul yang menjadi rebutan para pemain PUBG di MCG 2018 adalah sebanyak RM40,000.

Sekiranya berminat, korang kena daftar dengan cepat sekarang kerana semasa artikel ini ditulis, kami menyemak sudah 19 skuad mendaftar. Korang boleh klik di sini untuk mendaftar.

Lapan game yang telah diumumkan sebelum ini adalah DotA 2, Counter Strike: Global Offensive, Mobile Legends: Bang Bang, Tekken 7, Street Fighter V, FIFA 18, Injustice 2, dan F1 2017. Nak tahu lebih lanjut tentang Malaysia Cyber Games 2018, kejohanan esport tempatan yang menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM300,000? Korang boleh baca di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.