playstation-plus-vote-to-play-two-column-01-us-03aug15Nampaknya Sony kali ini memberikan korang semua peluang untuk memilih game free PSN Plus bulan depan! Marilah mari pegi mengundi. Jom tengok apa game available untuk dipilih bagi bulan September!

Ada tiga game indie free yang boleh korang undi iaitu

Armello

Sebuah board game yang direka oleh League of Geeks dari Australia. Game ini mula direka khas untuk iPad dan kemudian dipindah kepada platform lain seperti PC, iOS, Android dan kini PS4. Ia merupakan sebuah game yang memaparkan ciri – ciri Card Game, Strategy dan juga RPG. Objektif game dalam game ini ialah untuk menjadi Raja kepada negara Armello!

Grow Home

Korang akan main sebagai sebuah robot yang bernama BUD (Botanical Utility Droid) yang objektifnya untuk mendapatkan benih kepada Star Plant demi menyelamatkan planet asalnya! Ia merupakan sebuah game open world dimana korang boleh mengembara persekitaran yang direka secara cantik seperti gua dan air terjun.

Zombie Vikings

Sebuah game dari indie developer yang semakin femes iaitu Zoink!. Ini merupakan sebuah game platform brawler yang boleh dienjoy oleh seorang atau pon bersama tiga lagi kawan-kawan korang! Ohsem tuh!

Amacam? Tak sabar nak undi? Korang boleh mula mengundi pada 13 Ogos pada pukul 11.30 malam hingga 24 Ogos pada 11.30 malam. Caranya pula ialah dengan login pada PS4 anda, masuk ke menu Whats New dan dari situ anda akan diberi option untuk mengundi.


Komen: Penulis teruja dengan Zombie Vikings sebab Zoink memang pandai buat game yang ada lawak-lawak awkward terutamanya kalau korang penah main game Stick It To The M an! Tapi Armello pun nampak menarik sebab dia memaparkan gameplay yang deep. Sempoi gak Sony wat event camni, baru gamers cam kita semua boleh enjoy game – game free dalam PSN Plus. Calo Amigo!

Comments

comments