Berapa banyakkah perbezaan yang dirasai apabila PS4 Pro menggunakan SATA 3.0?

sony-ps4-pro

Sony telah membuat satu keputusan yang bijak apabila menggunakan penghubung yang lebih moden dan pantas, SATA 3.0. Dari segi teorinya, ia akan mempercepatkan apa-apa proses pemindahan data dalam mana-mana drive yang dihubungkan ke konsol, di mana SSD yang bakal menerima faedah yang paling banyak daripada penaiktarafan ini.

Proses yang pantas ini akhirnya akan mempercepatkan segala masa loading yang dirasai dalam sistem ini. Tapi, benarkah? Dalam satu kajian, Digital Foundry telah mengemukan hasil kajian mereka dalam video di bawah.

Game pertama yang menjadi percubaan adalah The Witcher 3. Game ini nampaknya memang mempercepatkan masa loading dalam PS4 Pro, namun ia hanya pantas kira-kira kurang daripada 2 saat jika dibandingkan dengan PS4 versi asal. Mencuba dalam Fallout 4 dan Just Cause 3 pula, ia hanya mempercepatkan masa loading kira-kira satu saat sahaja.

Menurut hasil kajian mereka itu, kita melihat perbezaan yang sangat minimal dalam masa loading ini kerana game developers mungkin telah menggunakan faedah SATA 3.0 tersebut ke arah lain seperti background downloads, proses rakaman segera dan beberapa fungsi lain.

sony-ps4-pro

Pastinya pertukaran dari HDD ke SSD adalah sesuatu yang baik, namun ia bukanlah perbezaan yang dapat dirasai dengan ketara. Ia mungkin akan berubah dalam game-game akan datang, sekiranya developer berkira-kira untuk menampilkan sesuatu yang berlainan.

Comments

comments