Xbox One X lebih baik berbanding PS4 Pro?

Sebagai gamers yang neutral, kita mungkin akan melihat bahawa konsol PS4 Pro dan Xbox One X adalah tidak jauh beza. Walaupun secara teknikalnya Xbox One X memiliki hardware yang lebih baik daripada PS4 Pro, ramai daripada kita tetap menganggap kedua-dua konsol ini hanyalah kesinambungkan kepada konsolnya yang asal – iaitu PS4 dan Xbox One.

Lebih-lebih lagi, kita tidaklah mendapat game-game eksklusif untuk PS4 Pro dan Xbox One X. Atau dalam kata lain, game apa sekalipun yang dikeluarkan di kedua-dua konsol paling canggih masakini itu, ia tetap perlu keluar untuk konsol asalnya.

Walau bagaimanapun, itu bukanlah pandangan Lewis Ward, Pengarah Kajian Gaming dan VR/AR dari IDC. Berkata kepada Gamingbolt, beliau menyatakan terdapat beberapa perbezaan antara Pro dan One X – antaranya walaupun Sony bakal memperkenalkan PS5 yang lebih baik dalam beberapa tahun akan datang, Microsoft nampaknya ingin bergembira dengan apa yang mereka sajikan dengan One X buat masa ini.

“PS4 Pro kebanyakannya hanyalah satu gimik pemasaran”, katanya apabila ditanyakan tentang soalan adakah PS5 atau satu lagi konsol tambahbaik daripada Sony. “Ia langsung tidak sama dalam aspek peningkatan prestasi Xbox One X. Secara asasnya ia adalah satu konsol standard yang disegarkan, tapi Sony mengubah beberapa unit dalaman dan mendapat peningkatan prestasi 10% untuk Pro.”

“Xbox One X adalah sesuatu yang lebih kepada rekaan semula asas-asas dan sekurang-kurangnya 40% lebih kuat berbanding PS4 atau Xbox One yang asal. Xbox One X boleh melakukan VR dan AR, walaupun Microsoft akan tunggu untuk mengubah fungsi itu sehingga ada perisian yang hebat untuk itu – dan ia secara besarnya akan melibatkan pembangunan aplikasi Windows 10 PC.”

“Xbox One X akhirnya akan menjalankan kandungan pra-wujud yang tidak boleh dilakukan oleh Xbox One, dan saya seperti tidak menyalahkan Microsoft untuk menunggu masa itu tiba buat masa ini (sekurang-kurangnya akhir 2018 dan mungkin 2019). Xbox One X adalah konsol generasi ke-8.5. PS4 Pro bukan.”

 

Itu adalah pandangan penganalisis ini. Apa pula pandangan korang? Sependapat dengan beliau?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.