Selepas 4 bulan menguasai carta, akhirnya Xbox One kembali ditewaskan.

Baru-baru ini, pihak Microsoft kerap menghebahkan hasil jualan bulanan mereka yang sememangnya kelihatan meningkat dari mula pelancaran. Namun begitu, walaupun telah menguasai takhta selama 4 bulan, akhirnya Xbox One terpaksa akur dengan jualan PlayStation 4 untuk bulan November.

Perkara ini telah disahkan oleh jurucakap daripada Sony dalam temubual bersama Gamespot, tetapi enggan memberikan komen lanjut mengenai perkara ini.

Nampaknya perang antara konsol akan terus menghangat dengan semakin banyak promosi diadakan sempena jualan hujung tahun nanti.

Comments

comments