Laporan ini telah disahkan oleh CEO Razer sendiri.

Minggu lalu, Razer telah memperkenalkan Project Valerie kepada umum di CES 2017, sebuah konsep laptop yang menampilkan 3 monitor dalam satu sistem. Anda boleh baca mengenainya di sini.

Terbaru, ia telah disahkan oleh CEO Razer, Min-Liang Tan bahawa dua prototaip laptop tersebut telah dicuri pada Ahad lalu. Dan menurut laporan Kotaku, syarikat itu kini telah menawarkan USD25,000 kepada sesiapa yang memiliki maklumat yang mampu membawa kepada penangkapan pihak yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab ini.

Beliau telah menyifatkan perbuatan ini sebagai pengintipan industri (industrial espionage):

“Di Razer, kami bermain secara bersungguh-sungguh dan adil. Pasukan kami bekerja berbulan-bulan mereka konsep dan membangunkan unit-unit ini dan kami berbangga dalam berusaha menyampaikan sesuatu yang terbaru dan terbaik.

Kami menganggap pencurian, dan apa sahaja yang relevan kepada kes ini, pengintipan industri, secara serius – ia adalah menipu, dan menipu tidak akan selamat dengan kami. Hukuman untuk jenayah seperti ini adalah berat dan sesiapa yang melakukan ini pastinya seseorang yang tidak bijak.”

Walaupun ia masih dalam fasa prototaip, dua Project Valerie yang dicuri ini sememangnya berupaya berfungsi dengan sepenuhnya. Anda boleh lihat ia dimainkan di sini.

Comments

comments