Menurut laporan terkini, laptop-laptop Project Valerie Razer tidak lagi berada di AS.

Baru-baru ini Razer telah mengumumkan Project Valerie, sebuah rekaan konsep untuk gaming laptop dengan menampilkan 3 monitor terbina. Beberapa hari kemudian, 2 prototaip laptop tersebut telah dilaporkan hilang! Sehinggakan CEO Razer, Min-Liang Tan telah menawarkan ganjaran USD25,000 kepada sesiapa yang memiliki maklumat yang mampu membawa kepada penangkapan pihak yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab ini.

Bagaimanapun sebuah post jualan telah muncul di China yang menawarkan sebuah laptop yang kelihatan SANGAT serupa dengan laptop Project Valerie pada harga 150000 Yuan atau sekitar USD22,000! Perghh, lagi mahal daripada laptop gaming Acer Predator 21 X yang berharga USD8,999!

Bagaimanapun, kalau dah sampai China, tunggu masa ajelah untuk dapat versi Valerie Made in China yang pastinya lebih murah!

Comments

comments