Beberapa tahun yang lalu, agak lucu untuk melihat wakil Microsoft berada di atas pentas Sony. Tapi nampaknya masa sudah berubah kerana Microsoft telah memiliki IP video game yang terbesar di dunia, Minecraft.

Perkara ini sukar dibayangkan untuk berlaku. PlayStation Awards yang diadakan di Tokyo pada minggu ini telah memperlihatkan wakil Microsoft berjalan di atas pentas untuk menerima anugerah dari Presiden Sony Interactive Entertainment, Atsushi Morita.

Lelaki yang telah mencipta sejarah untuk menerima anugerah itu ialah produser senior, Yutaka Noma bersama dengan pengasas bersama 4J Studio, Paddy Burns.

Yutaka Noma (kiri), Paddy Burns (kanan)

Dan anugerah yang diterima oleh Noma-san bukanlah anugerah yang biasa. Beliau menerima Double Platinum Award, yang mana menandakan jualan sebanyak 2 juta salinan di Asia dan Jepun dan secara efektifnya merupakan penganugerahan terbesar yang diberikan pada majlis tersebut. Ini merupakan kali pertama sebuah game menerima beberapa Platinum Award sejak 2011 apabila Monster Hunter Portable 3rd untuk PSP telah dianugerahi Quadruple Platinum Award.

Noma-san sebelum ini pernah menghasilkan tajuk-tajuk Xbox Live Arcade di Jepun seperti Diabolical Pitch oleh Grasshopper Manufacture dan Happy Wars oleh Toylogic dan pernah bekerjasama dengan Grounding untuk menghasilkan Crimson Dragon pada permulaan generasi ini.

Atsushi Morita, Paddy Burns dan Yutaka Noma

Ini bukanlah kali pertama Minecraft diberi penganugerahan di PlayStation Award yang juga telah memenangi Platinum Prize dan anugerah PlayStation Network pada tahun 2015 Walau bagaimanapun, Microsoft tidak menghadiri pada tahun itu.

Ini bukanlah satu-satunya aspek yang menarik yang telah berlaku pada majlis tahun ini. Persona 5 berjaya mendapatkan User’s Choice Award dua tahun berturut-turut, menerima undian yang cukup di bahagian Asia untuk mendapatkan anugerah itu pada tahun ini juga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.