Hari ini merupakan hari yang amat bersejarah bagi kami di JomGaming. Buat pertama kalinya kami telah dihubungi oleh game developer untuk mereview game terbaru diorang!

primal-carnage-1

JomGaming telah dihubungi Circle 5 Studios untuk mereview game terbaru mereka Primal Carnage: Extinction. Dengan rasminya langkah pertama kami untuk menjadi international game reviewer bermula hari ini! Jom kita tengok apa ada dalam Primal Carnage:Extinction ini.

Game Primal Carnage: Extinction Ini Mengenai Apa?

Primal Carnage: Extinction adalah sebuah game shooter online multiplayer yang dibina menggunakan Unreal Engine, menampilkan aksi-aksi pantas pertempuran manusia menentang dinosaur, berlatarbelakangkan kepelbagaian persekitaran yang terletak di sebuah pulau misteri ala Isla Nublar dalam filem Jurassic Park!

primal-carnage-2

Game ini adalah yang pertama dalam genre-nya, apabila ia membawakan game multiplayer yang menampilkan manusia VS dinosaur dalam game first-person shooter yang mempunyai kelas masing-masing. Ia adalah satu-satunya game yang ada di pasaran sekarang yang membenarkan korang bermain sebagai dinosaur!

Game yang penuh dengan rencah keseronokan dan aksi-aksi yang mendebarkan ini, bukan sahaja boleh korang mainkan sebagai askar upahan ataupun dinosaur, malah korang boleh co-op dengan rakan-rakan korang dalam pelbagai game mode yang tersedia.

primal-carnage-3

Terpulanglah mau jadi apa, mau jadi hantu mau jadi buaya, mau jadi askar upahan yang boleh snipe, membakar dan melancarkan roket ke arah dinosaur? Ataupun, korang mau jadi antara 10 pilihan dinosaur (semestinya terdapat T-Rex, Raptors & Pteranadon!) yang akan terbang, menggigit dan menerkam mangsa? Senang kata, terpulanglah mau bikin apa, mau bikin masalah, serah teruskan saja.

Mana Nak Dapatkan Game Ini?

Primal Carnage: Extinction kini boleh di-download di PlayStation Store (akaun US) bermula pada 12 November 2015 dengan harga USD20.

primal-carnage-4

Terdahulu, game ini telah dilancarkan di Steam pada 3 April 2015, dan korang boleh dapatkan dengan harga MYR30.

+++

Kami baru menerima review code dari Circle 5 Studios dan kami sedang layan game ini sekarang. Nantikan review Boleh Beli or Boleh Blah!? dari kami!

JomBaca: Primal Carnage: Extinction! Berperang Dengan Haiwan Purba??

Comments

comments