Dah macam gabungan Bioshock, Dishonored dan SOMA pulak kitorang tengok!

Trailer baru bagi Prey telah dipertontonkan di The Game Awards, menampilkan sedikit permainannya, dan ianya seperti game-game yang pernah kita mainkan sebelum ini. Ada terasa aura seperti Bioshock, Dishonored dan SOMA – cumanya di angkasa lepas!

Sejak diumumkan di E3 lepas, Prey menarik perhatian kami dengan janji gameplay psychological horror, tetapi nampaknya ia takkan jadi sebegitu.

Beberapa senjata dipertontonkan seperti GLOO Cannon, spanar, shotgun, pistol dan grenade yang menghasilkan kesan vakum dan menyedut musuh dan persekitaran. Bagaimanapun, masih banyak ruang yang ada di weapon wheel, mungkin kita akan dapat bermain dengan labih banyak pilihan senjata nanti. Kebolehan Mimic Matter juga sekali lagi dipertontonkan.

Comments

comments