PS4 Pro adalah konsol paling berkuasa yang berada di pasaran kini? Mungkin juga tidak.

sony-ps4-pro

PS4 Pro yang baru sahaja dilancarkan sering dicanangkan sebagai sebuah sistem yang lebih berkuasa dan bakal menyajikan kualiti grafik dan prestasi frame rate yang lebih mantap. Namun, menurut laporan Digital Foundry, beberapa game di PS4 Pro memaparkan frame rate yang kadang-kala lebih rendah berbanding PS4 versi asal.

Selepas memuat turun kemaskini PS4 Pro yang dijanjikan, beberapa game seperti The Last of Us Remastered, Skyrim: Special Edition, Mantis Burn Racing dan Deus Ex: Mankind Divided telah memaparkan frame rate yang agak rendah di sesetengah situasi.

last of us

Laporan tersebut mengatakan bahawa The Last of Us Remastered diberi pilihan untuk memainkan resolusi 3200×1800 dengan 60FPS. Walaupun frame rate tersebut didapati tidak mencapai 60FPS di sesetengah situasi, game tersebut masih lagi menyajikan grafik yang memukau, lebih-lebih lagi dengan kehadiran HDR. Tetapi, memburukkan keadaan, apabila pemain yang memilih resolusi 1080p, frame rate akan turun sehingga ia lebih rendah berbanding apa yang dipaparkan oleh PS4 versi asal.

Skyrim juga menampilkan prestasi yang tidaklah seperti dijangkakan. Apabila memilih resolusi 4K, pastinya ia akan menurunkan frame rate. Dan apabila menggunakan resolusi 1080p pula, ia hanya mempunyai frame rate yang sedikit lebih stabil berbanding PS4 versi asal, yang mana tidaklah mempunyai perbezaan yang ketara antara dua konsol tersebut.

Deus Ex: Mankind Divided pula dikatakan memaparkan frame rate yang paling rendah setakat ini. Di sesetengah situasi, ia hanya memaparkan frame rate sebanyak 20FPS, sesuatu yang sememangnya lebih rendah berbanding PS4 versi asal.

Deus-Ex-Mankind-Divided-gameplay-001

Bagi anda yang ingin mendapatkan PS4 Pro, Sony Malaysia sebelum ini telah mengakui bahawa mereka tidak membawa masuk stok yang mencukupi ke pasaran Malaysia. Dengan laporan daripada Digital Foundry ini, kekurangan dan kelewatan stok PS4 Pro tiba di negara ini mungkin ada hikmahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.