Presiden syarikat Take-Two Interactive, Karl Slatoff tidak melihat loot boxes sebagai satu bentuk perjudian.

Bercakap di persidangan tahunan Credit Suisse yang ke-21, Karl Slatoff menekankan pada isu tersebut dengan mengatakan bahawa beliau tidak melihat loot boxes sebagai satu bentuk perjudian.

“Dari segi suara pengguna anda akan mendengar apa yang berada di pasaran sekarang. Bagi saya, ianya semua tentang kandungan. Ianya tentang menyampaikan dengan lebih pada kandungan… anda tidak boleh memaksa pengguna untuk melakukan apa sahaja.”

Take-Two Interactive, syarikat yang memiliki Rockstar Games dan 2K Games dengan jelasnya telah melihat nilai yang ada pada microtransactions dalam setiap permainan mereka.

Shark Cards dalam GTA Online

Pada bulan Julai yang lalu, CEO Strauss Zelnick berkata “kamu tidak boleh memberikan barang secara percuma buat selama-lamanya, tidak ada model bisnes di dalamnya.” Dari implikasi itu telah menyatakan bahawa kesemua game yang akan datang akan memasukkan microtransaction.

Grand Theft Auto Online, menggalakkan pemain untuk membeli barangan dalam permainan telah membuktikan bahawa ianya sangat berjaya dalam menjana pendapatan yang lumayan.

Ia agak susah untuk meramalkan apakah maksud kesemua ini kepada Red Dead Redemption 2. Adakah game itu akan mempunyai mode online dan juga akan mengikuti jejak langkah GTA Online di mana pemain perlu membelanjakan wang mereka di dalamnya?

Ia masih menjadi persoalan dan kita hanya berharap yang kita tidak perlu berdepan dengan masalah seperti Star Wars Battlefront II.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.