Nampaknya Pool Nation FX ingin mencuba cara baru mendekati pemain berbanding developer-developer lain!

Pool Nation FX adalah sebuah game simulasi sukan pool yang telah lama berada di platform Xbox One dan kini ia akan bertapak pula di Steam.

Tidak seperti game free-to-play(F2P) lain, developer Cherry Pop Games telah mengambil keputusan untuk tidak memasukkan sebarang mikro transaksi. Versi lite ini mempunyai pelbagai ciri iaitu:

  • Online match
  • Offline practice mode
  • Daily bonus match
  • Daily trickshot challenge
  • Customization option

Jika pemain berminat untuk membayar game ini, mereka akan mendapat access penuh kepada semua level tanpa perlu menggunakan matawang in-game.

Konsep baru F2P ini sangat diterima positif didalam komuniti Steam khususnya. Moga-moga cara ini bakal berkembang dalam dunia gaming kerana ia tidak mempergunakan pemain semata-mata bagi mendapatkan keuntungan.

Comments

comments