Perbuatan “swatting” yang cukup membahayakan!

Gambar sekadar hiasan. Sumber.

Seorang lelaki berusia 28 tahun telah ditembak mati oleh seorang pegawai polis Wichita, Kansas, Amerika Syarikat selepas dilaporkan tentang sebuah situasi tebusan. Menurut laporan Kotaku, semasa sidang media yang dilakukan oleh pihak polis, ia merupakan satu panggilan palsu untuk menarik pegawai-pegawai SWAT ke tempat kejadian, yang lebih dikenali sebagai “swatting”.

Ia dilaporkan ada kaitan dengan pertengkaran yang berlaku dalam game Call of Duty, namun pihak polis tidak mengesahkannya.

Dalam sidang media itu, timbalan ketua polis Wichita, Troy Livingston berkata bahawa pemanggil telah melaporkan situasi tebusan. Dalam panggilan tersebut, yang mana ia telah dimainkan semula semasa sidang media itu, pemanggil itu mengatakan yang bapanya telah ditembak di kepala dan tidak lagi bernafas, dan keluarganya telah diacukan dengan senjata api. Kata pemanggil itu lagi, rumahnya telah dipenuhi dengan gasolin.

Setibanya polis di tempat kejadian, seorang lelaki membuka pintu dan telah ditembak mati oleh seorang pegawai polis.

Lelaki itu dikatakan telah diberikan arahan secara lisan oleh pihak polis dan mematuhinya, tetapi menurut kenyataan jabatan itu, lelaki itu telah memegang pinggangnya, membuatkan pegawai polis tersebut terpaksa melepaskan tembakan. Lelaki itu kemudiannya telah disahkan tidak memiliki sebarang senjata.

Pihak polis turut mengesahkan bahawa pegawai yang telah melepaskan tembakan itu telah direhatkan, menurut polisi jabatan itu.

Melalui satu laporan di Twitter, individu yang terlibat dalam kejadian ini dikatakan adalah dua pemain Call of Duty yang bertanding dan bertaruh sebanyak USD1.50. Selepas perlawanan tamat, dua pemain yang kalah telah bertengkar.

Pemain pertama, “Miruhcle,” dikatakan telah menghantar alamat rumah kepada pemain kedua, “Baperizer,” dan dia pula telah menghantar alamat rumah itu kepada pihak ketiga untuk melakukan “swatting”. Tetapi, ia nampaknya seperti alamat rumah tersebut sama sekali salah dan tiada kena-mengena kepada mana-mana pemain tadi.

Kedua-dua pemain ini dilaporkan telah menutup akaun Twitter mereka.

Pihak polis juga mengesahkan bahawa kes ini sememangnya satu perbuatan “swatting” dan mereka akan sedaya upaya untuk mencari mereka yang bertanggungjawab. Mereka masih lagi belum mendedahkan nama suspek, namun menyatakan yang mereka telah menjumpai sesuatu yang berguna.

Kepada korang yang tidak tahu apakah itu “swatting”, ia merupakan satu perbuatan menganiaya yang sangat berbahaya. Seorang individu akan melaporkan satu jenayah palsu kepada polis tempatan, dengan harapan bahawa satu pasukan SWAT akan menggegarkan rumah yang dia tadi tidak puas hati.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.