Bagi peminat Pokemon, anda dijemput ke pelancaran rasmi Pokémon Sun & Moon! Ini merupakan pelancaran pertama di Malaysia yang disokong secara rasmi oleh Nintendo, The Pokémon Company dan Maxsoft.

Event ini akan berlangsung di KDU College, Damansara Jaya, Petaling Jaya pada 19 dan 20 November 2016. Pintu akan dibuka daripada 10 pagi hingga 6 petang pada kedua-dua hari. Harga kemasukan adalah RM10 sehari.

Terdapat banyak tarikan menarik untuk pengunjung yang suka Pokemon dari setiap aspek seperti 3DS games, Arcade Games, Pokémon e-Sports, Pokémon GO, Pokémon Cosplay dan merchandise rasmi. Pengunjung juga boleh sertai aktiviti yang disediakan dan kutip ‘points’ untuk redeem merchandise rasmi Pokemon!

impulse

Untuk pemilik 3DS, korang boleh membeli Pokémon Sun & Moon di event tersebut di booth Impulse Gaming. Terdapat juga pertandingan “Catch Them All” dan daily Pokemon Tournament untuk disertai. Jangan lupa bawak 3DS korang nanti.

14657501_1438128309535228_8243817896689631987_n
Dapatkan chip istimewa yang hanya boleh didapati di event!

Jangan risau kalau korang tak ada 3DS, masih terdapat pelbagai aktiviti menarik! Sertai Pokémon Tretta! Peserta boleh bermain arcade game di harga yang rendah pada RM 3 satu sesi. Kolaborasi bersama Kaga Amusement Sdn. Bhd, pertandingan Pokémon Tretta akan diadakan pada hari ke-2 dimana peserta akan mendapat special promo chip yang hanya boleh didapatkan di event! Antara hadiah yang disediakan adalah merchandise exclusive Pokémon Tretta dari Jepun.

Kunjungi booth Rukia Plush Heaven kalau korang suka akan plushie! Dapatkan merchandise rasmi Official Pokémon yang masih bau kedai, fresh dari Pokémon Center, Jepun.

pokken
Main Wii-U bersama kawan atau peserta lain di booth Wii-u

Kalau nak lepak, korang juga dapat bermain game Pokemon Wii-U seperti Pokkén Tournament atau Super Smash Bros bersama kawan kawan secara percuma. Relax dan saksikan Luna Lorraine, pemain violin international yang akan memainkan lagu-lagu dari Pokemon.

Dari kolaborasi bersama Toysbar, anda boleh sertai Tutorial Pokémon Trading Card Game & Challenge Booth. Inilah masanya untuk korang mencuba cara bermain Pokemon TCG ini dengan demo deck yang telah disediakan oleh Toysbar. Dapatkan satu booster pack Pokémon X&Y percuma apabila korang kunjungi booth ini!

14991835_1459141780767214_432463384707486798_n

Teringin cuba device Pokémon GO Plus? Join lah demonstrasi Pokémon GO Plus dan menjadi antara Malaysians yang terawal untuk merasa Pokemon Go Plus yang diimport dari Jepun. Jangan risau kalau tak ada Pokemon nak ditangkap, terdapat 16 jam Pokémon GO Lure Party sepanjang event ini berlangsung.

goplus_0
Pokemon GO Plus

Bergambar bersama guest-cosplayer Pokémon yang akan datang termasuk Micho Teh, Sally Teh, Mindy Mica, Kino Mikii dan ramai lagi cosplayer lain yang cosplay sebagai karakter dari Pokémon Sun & Moon. Terdapat pertandingan Pokémon Themed Cosplay Photo dan Pokémon Themed Cosplay Runway yang disponsor oleh Cup Cat Studio, #1 Cosplay Photography Studio di Malaysia & Comic Fiesta.

cosplay-competitionFuh.. dengan banyak booth dan aktiviti, memang kelihatan seronok untuk pergi! Untuk mengetahui lebih lanjut lawati Facebook Pokemon Sun & Moon: Official Launch Event disini. Sebarang pertanyaan boleh bertanya di Facebook Team Pika. Jumpa korang di sana Sabtu ini, Gotta catch ’em all!

Comments

comments