Pika pika! Sudah tentu anda membaca ayat tadi dengan suara Pikachu dalam hati anda, bukan?

Siapa je yang tak kenal Pikachu daripada dunia Pokemon? Tanggal 27 Februari 2016, Pokemon akan menyambut ulang tahun mereka yang ke-20! Dengan ini, Nintendo telah menyediakan pelbagai surprise untuk peminat mereka!

Nintendo dan The Pokemon Company mengesahkan siri bundle 3DS yang baru bertemakan #Pokemon20. 3DS tersebut datang dengan game classic black-and-white, Pokemon Red dan Pokemon Blue Version yang sudah di pre-loaded dalam 3DS tersebut.

Nintendo 3DS Pokemon20th Edition
Bundle 3DS bertemakan #Pokemon20

Tambahan pula, dengan cover plate Pokemon Red Version dan Pokemon Blue Version yang matching terdapat dalam set bundle ini sekali. Nintendo juga memberi download code untuk home theme Pokemon Red dan Blue. Bolehlah matching-matching-kan and show-off Charizard dan Blastoise dekat kawan-kawan korang!

Peminat boleh mendapatkan bundle ini di $199.99 USD (RM 881) dan kepada peminat yang sudah ada Nintendo 3DS boleh mula membeli Pokemon Red, Blue atau Yellow Version di Nintendo’s eShop pada Februari 27.

Tak dilupakan bagi mereka yang minat collecting Pokemon cards atau battle bersama kawan – Nintendo telah menyemarakkan balik semangat kenangan Pokemon sejak azali dengan Pokemon TCG: Generation Expansion, a special expansion yang mengandungi 151 Pokemon yang original.

Mythical Pack: Pokemon TCG
Mythical Pokemon Collection

Bukan itu sahaja! Mythical Pokemon Collection terdiri dari lejen-lejen “Mythical Pokemon” seperti Mew, Celebi, Jirachi, Darkrai dan lain-lain akan dilancarkan sebanyak 11 siri-bersambung akan dikeluarkan setiap bulan mulai Februari 11. Setiap collection mempunyai 2 paket Generation booster pack.

Nostalgia! Ingat lagi movie pertama Pokemon? Kini 12 movie pertama Pokemon telah di-remaster dan akan berada di iTunes, Google Play dan Amazon hujung bulan ini. Juga pada 27 Februari nanti, Nintendo akan restock kebanyakan best-selling Pokemon Amiibo, antaranya Charizard, Jigglypuff, Greninja, dan Lucario.

Beberapa merchandise exclusive juga dikeluarkan sempena tema #Pokemon20 kali ini, seperti koleksi patung Pokemon Center – Trainer Red: Champion Version yang datang bersama 3 patung Pokemon starter yang fully evolved (Charizard, Blastoise dan Venusaur) dan Snapback New Era Pokemon 20th Anniversary Edition. Haaaa, baru dapat bagi korang rasa feeeeel lebih seperti Ash atau Red dari game Pokemon.

New Era Snapback 9fifty Pokemon 20th EditionNendoroid Red Trainer

Nintendo juga mengesahkan bahawa 2 video game Pokemon iaitu, Pokemon-GO!, mobile game untuk iOS dan Android, dan Pokkén Tournament untuk Wii U akan dilancarkan pada tahun ini. Tup tap tup tap, sudah 20 tahun ya kita layan Ash dan gang diorang travel mencari kesemua Pokemon.

Ada fans yang masih muda teringin nak mengenali balik the original #151 Pokemon vibes, ada juga fans yang membesar sekali dengan Pokemon dan akan terus mengembara! Sempena meraikan tema ini juga, Nintendo akan memberi special giveaways kepada mereka yang menggunakan #Pokemon20 di social media seperti Instagram, Twitter dan YouTube.

So, adakah anda ready untuk menjadi Pokemon Master? Segalanya bermula Februari ini – jadi ready untuk catch’em all geng!

Comments

comments