Pokemon Go menghentikan sokongan untuk peranti-peranti iOS yang tidak mampu untuk dipertingkatkan ke iOS 11 seperti iPhone 5 dan 5c.

Pasukan pembangun Pokemon Go mengumumkan perubahan itu kerana mereka sedang melakukan penambahbaikan kepada game yang akan “mengangkat aplikasi itu ke tahap di luar kemampuan sistem operasi seperti peranti-peranti iOS lama.”

Perubahan itu akan berlaku pada 28 Februari, di mana selepas ini trainers tidak akan boleh mengakses masuk ke akaun mereka dari peranti tersebut atau menggunakan item-item dari beg mereka. Pemain yang ingin meneruskan lagi game ini perlu bermainnya di peranti-peranti lain yang disokong.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.