Mungkin kita boleh gelarkan 2016 sebagai tahun untuk Pokémon GO.

Google Trend telah mengeluarkan laporan mereka tentang apakah carian yang paling popular digunakan untuk enjin carian Google mereka bagi tahun 2016. Dan anda mungkin tidak terkejut apabila Pokémon GO adalah carian paling popular untuk tahun ini di kedudukan Global.

Pokémon Go berada di kedudukan teratas Global, diikuti oleh iPhone 7, Donald Trump, Prince dan Powerball.

Berikut adalah kedudukan 10 carian paling popular Google tahun 2016 bagi peringkat Global:

1. Pokémon Go
2. iPhone 7
3. Donald Trump
4. Prince
5. Powerball
6. David Bowie
7. Deadpool
8. Olympics
9. Slither.io
10. Suicide Squad

Untuk kedudukan carian di Malaysia pula, Pokémon GO berada di kedudukan kedua di belakang Euro 2016. BR1M 2016, SAPS Ibu Bapa dan Olympic Games Rio 2016 mengisi ruang dalam kedudukan 5 teratas.

Berikut adalah kedudukan 10 carian paling popular Google tahun 2016 di Malaysia:

1. Euro 2016
2. Pokemon GO
3. BR1M 2016
4. SAPS Ibu Bapa
5. Olympic Games Rio 2016
6. Suri Hati Mr Pilot
7. Train to Busan
8. MAMA 2016
9. 7 Hari Mencintaiku
10. Descendents of the Sun

Pokémon GO yang telah dilancarkan pada bulan Ogos lalu merupakan sebuah fenomena global. Ia menggunakan Augmented Reality yang dibangunkan oleh Niantic Labs dengan kerjasama Pokémon Company dan Nintendo. Ia dikategorikan sebagai genre real-world gaming.

Anda boleh baca mengenai Pokémon GO dengan lebih lanjut di sini.

Comments

comments