Semalam, team JomGaming telah sama-sama memeriahkan kejohanan esport yang terbesar pernah diadakan di Malaysia, iaitu Malaysia Cyber Games (MCG) 2018.

Kejohanan yang disertai oleh lebih daripada 2,000 pemain esport profesional dan amatur tempatan telah mengagihkan hadiah kemenangan sebanyak RM300,000 dalam sembilan video game yang dipertandingkan – yang mana ia turut diraikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak.

Beliau berkata, esport yang diminati majoriti generasi muda di negara ini bukan hanya sebagai satu gaya hidup, sebaliknya boleh dibangunkan sebagai industri ekonomi digital, lapor Berita Harian.

Katanya, pengiktirafan itu juga sejajar dengan hasrat kerajaan yang mendengar denyut nadi rakyat termasuk generasi milenia, selain hakikat esport akan diangkat sebagai kategori baharu dalam Sukan Asia di Indonesia tahun ini.

“Ini (esport) industri baharu untuk Malaysia. Kita mesti sediakan orang kita (generasi muda) supaya jadi penjana, pembekal dan peserta aktif dalam cyber games,” katanya semasa berucap semalam di Malaysia Cyber Games 2018 (MCG18) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

MCG 2018 turut telah dengan jayanya memecahkan satu rekod yang mengagumkan. Ia kini ialah pemegang rekod dalam Malaysia Book of Records sebagai penganjuran video game terbesar di negara ini dengan mempertandingkan sembilan video game dan menerima 2,062 peserta.

Di bawah adalah senarai pemenang dalam setiap sembilan game tersebut:

DotA 2

Juara: High Ground
Naib Juara: Team 5ive
Tempat Ketiga/Keempat: Dota Hero & Virtual Genesis

Tekken 7

Juara: HXI | Zaba
Naib Juara: VS.AMG| FV Koman
Tempat Ketiga: HXI | ZRE
Tempat Keempat: VS.AMG | FV Fate Q

Injustice 2

Juara: hilmi
Naib Juara: Prototype
Tempat Ketiga: VS.AMG | FV aLeouf
Tempat Keempat: maxhaze

Counter Strike: Global Offensive

Juara: Orange
Naib Juara: MvP Karnal
Tempat Ketiga/Keempat: Virtual Genesis & Nara Gaming
Tempat Kelima-Kelapan: Anthrax Esports ,Falloutgaming, Veslpro, lnc
Tempat Kesembilan-Keenambelas: Generation, 1percant, Rnr, Tba, Mercenaries, Ninjustice, Ees24/7, Mmg.titan

PlayerUknown’s Battlegrounds

Juara: MulutPuaka
Naib Juara: Team XOXO
Tempat Ketiga: DoUKnowDeWae
Tempat Keempat: Gucci Gang

Mobile Legends

Juara: Mystic Burden (Mcb)
Naib Juara: Saiyan Royale
Tempat Ketiga: GrapsOfDeath

FIFA 18

Juara: [OoE] Infamous9
Naib Juara: Fenrir
Tempat Ketiga: FDG Shige
Tempat Keempat: Emaster Lucy

Street Fighter V

Juara: IamChuan
Naib Juara: kofmaster
Tempat Ketiga: VS.AMG | FV NekoXX’
Tempat Keempat: InC | RedBeanJeanne

F1 2017

Juara: Ayman Aqeem
Naib Juara: Frixx
Tempat Ketiga: Taufiq Mohyin
Tempat Keempat: Rajvin

Kalau korang nak rasakan kehangatan MCG 2018, korang boleh layan slideshow gambar di bawah:

Pengiktirafan PM Najib ini kepada esport sebagai satu industri baru negara sememangnya satu pembukaan 2018 yang baik untuk arena gaming tempatan – menyambung tahun 2017 lalu yang sudah cukup cemerlang.

Industri gaming tempatan bukanlah calang-calang. Satu kajian telah menyatakan yang pendapatan industri gaming Malaysia adalah yang tertinggi di Asia Tenggara, yang antara lain meletakkan tanah air tercinta ini di kedudukan 21 di seluruh dunia

Apabila bercakap tentang industri ini, kita mempunyai ramai pemain esport yang bertaraf dunia. Ini sememangnya diakui sendiri oleh Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin sebelum ini, sehingga di bawah kepimpinan beliau, Malaysia kini sedang giat mempersiapkan pasukan esport untuk menghadapi Sukan Asia 2022.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.