Apakah memori paling indah selama enam tahun korang bermain peranti handheld ini?

Enam tahun lalu, pada 17 Disember 2011, handheld terbaru daripada Sony, diberi nama PlayStation Vita telah dilancarkan untuk pasaran Jepun. Ia kemudiannya dikeluarkan ke pasaran di seluruh dunia pada Februari 2012.

Bagi meraikan ulang tahun ke-6 ini, akaun Twitter rasmi PlayStation Japan telah menanyakan kepada para pemain, apakah game kegemaran mereka di PS Vita.

Mereka juga telah memberikan satu wallpaper baru dengan resolusi 1080×1920, khas untuk korang letakkannya dalam telefon pintar. Korang boleh dapatkannya di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.