Playstation Experience 2015: Macamana Nak Layan Livestream?

Malam ini sehingga ke Isnin akan menyaksikan livestream event Playstation Experience 2015 yang diadakan di San Francisco! Jom kita follow!!

Playstation Event 2015 yang dijangka akan bermula jam 2 pagi waktu Malaysia ini berkemungkinan akan menampilkan pengumuman game, video gameplay game-game akan datang, beberapa maklumat mengenai Playstation VR, dan mungkin juga maklumat mengenai patch Playstation akan datang termasuklah seperti pengumuman emulator PS2 bagi PS4 di bawah ni!

Beberapa panel juga akan dipamerkan sepanjang acara tersebut termasuk panel  “PlayStation VR and The Future of Play” yang dijangka akan live pada jam 6 pagi waktu Malaysia!

JomBaca: Playstation Experience 2015: Senarai Booth, Game dan Event Diumumkan!

Bagi mereka yang bernasib baik dapat turun ke event tersebut akan dapat memainkan dari 111 game dan pelbagai aktiviti yang telah dirancang – antaranya tournament Street Fighter Capcom Cup yang akan berlangsung Ahad  dengan menawarkan prize-money Hadiah Utama bernilai USD 125, 000!

Bagi kita-kita yang duduk di Malaysia nih, boleh lah melayan livestream event tersebut di Twitch, Youtube ataupun Playstation.com.

Comments

comments