Ia dibangunkan oleh seorang developer bernama Twisted dan ia nampak menarik! Jom tengok!

Melalui video yang dikeluarkan oleh Twisted, Remote Play yang dibangunkan oleh beliau dapat berfungsi dengan lancar. Tidak dapat dinafikan projek ini bakal mendapat kontroversi dikalangan peminat dan juga Sony sendiri.

Twisted telah memulakan projek Remote Play di PC ini sejak setahun lepas secara sambilan. Beliau berharap dapat meneruskan projek ini secara sepenuh masa kelak. Dengan itu, beliau akan melancarkan produk ini dalam pasaran dan bakal dijual pada harga bermula dengan USD 10.

Comments

comments