Korang nak beli PlayStation 4 Pro? Baik cepat, stok sangat-sangat sedikit, kata Sony Malaysia!

Hari ini peminat PlayStation di Malaysia tersenyum lebar apabila diberitahu bahawa PS4 Pro sudah mula dijual di Malaysia secara rasmi, seperti yang telah dilaporkan oleh Lowyat.net dan Amanz.

sony-ps4-pro

Pagi tadi, laman web rasmi Sony Malaysia telah menyenaraikan PS4 Pro dalam senarai jualan mereka. Dalam erti kata lain, para pelanggan sudah boleh menempah konsol terbaru ini. Namun apabila kami membukanya semula sekitar 4 petang tadi, PS4 Pro sudah pun habis terjual!

ps4pro

Adakah PS4 Pro benar-benar laku ataupun Sony Malaysia tidak membawa masuk stok yang secukupnya?

JomBaca: Bilangan Pre-Order PS4 Pro Di Malaysia Dilaporkan Dicatu! Sony Malaysia Tak Sayang Peminat?

ps4prodelay05

Sekiranya anda mengikuti laporan kami sebelum ini, pastinya anda mengetahui bagaimana isu kekurangan stok ini telah timbul. Kisah ini nampaknya semakin hangat apabila malam tadi pula, seorang pelanggan di penjual sah Sony Malaysia yang lain juga meluahkan kekecewaannya yang menempah awal PS4 Pro ini.

Persoalan masih sama – benarkah Sony Malaysia tidak membawa bilangan PlayStation 4 Pro yang secukupnya bagi pasaran Malaysia? Kenapa tidak dilakukan ramalan minimum order quantity (MOQ) bagi mengelakkan kekecewaan sebegini dari berlaku?

sonymalaysia

Sony Malaysia akhirnya membalas pertanyaan kami melalui Facebook berkenaan isu ini. Mereka menyatakan bahawa mereka “tidak mempunyai maklumat tentang kekurangan bilangan PS4 Pro yang dibawa masuk ke Malaysia”.

ps4pro1

Tetapi kemudiannya mereka membalas bahawa “sememangnya bilangan PS4 Pro sangatlah sedikit, dan hanya beberapa unit sahaja yang ada di Sony Outlet utama” berhampiran korang!

Jika dilihat kepada aduan-aduan pre-order yang dibatalkan, jualan PS4 Pro yang habis sekejap sahaja dan jawapan penuh hati-hati daripada Sony Malaysia, ini seperti membayangkan bahawa sememangnya sangat sedikit jumlah PS4 Pro yang ada di Malaysia kini. Jika ini adalah benar, kesian kepada Sony official resellers (penjual rasmi) yang awal-awal membuka tempahan awal bagi PS4 Pro ini.

Bagaimanakah pembahagian unit PlayStation 4 Pro dilakukan oleh Sony Malaysia? Siapakah insan-insan ‘istimewa’ yang bakal memiliki PlayStation 4 Pro terawal lagi rare di Malaysia? Mungkin kita perlu menunggu lebih lama sehingga Disember untuk akhirnya membeli PlayStation 4 Pro.

Sementara itu, JomGaming akan menunggu berita selanjutnya daripada Sony Malaysia.

Comments

comments