PlayerUnknown’s Battlegrounds telah terjual sebanyak 15 juta. Pengumuman itu telah disahkan di perkhidmatan statistik oleh SteamSpy.

Pada asalnya dijadualkan keluar pada 23 Mac tahun ini sebagai tajuk Early Access, PlayerUnknown’s Battlegrounds dihasilkan dan diterbitkan oleh PUBG Corp, anak syarikat kepada Bluehole Studio.

Game ini memfokuskan kepada pertempuran battle royale di atas talian. Meletakkan seratus pemain di dalam satu peta dan kesemua pemain perlu bertempur (atau bersembunyi) sehingga hanya tinggal seorang sahaja yang boleh diumumkan sebagai pemenang (“Winner Winner Chicken Dinner”).

Sebagai tambahan, pemain dibenarkan memilih sama ada mahu bermain secara solo atau berpasukan, 4 orang dalam satu kumpulan. Walau macammanapun pilihan pemain, orang terakhir atau ahli pasukan yang masih hidup akan diumumkan sebagai pemenang.

Video game ini dijangkakan akan keluar dari Early Access pada tahun 2018 untuk PC, manakala untuk versi Xbox One akan boleh didapati pada tahun ini melalui program Game Preview. Walaupun Bluehole Studio hanya menjangkakan game ini akan dihantar sebanyak 200,000 ke 300,000 unit. Dengan ketara ia akan mengatasi jumlah itu sepanjang tahun ini dan ia sedang berada di kemuncak dalam melepasi 2 juta pemain semasa.

Comments

comments