Sejak PlayerUnknown’s Battlegrounds dilancarkan di program Preview Xbox One, ia merupakan satu keterujaan buat komuniti Xbox yang menantikan game ini untuk dimainkan di konsol Xbox One.

Para pemain di Xbox sememangnya membantu dalam membina dan mempertingkatkan game tersebut di konsol. Hari ini, PUBG Corp. dan Xbox dengan rasa teruja ingin berkongsi satu berita bahawa pada penghujung tahun 2017, komuniti PUBG di konsol Xbox One telah berkembang seramai 3 juta pemain.

PUBG Corp berusaha untuk terus mempertingkatkan prestasi game mereka untuk komuniti PUBG yang kian berkembang dan sudah mengeluarkan empat kemaskini sejak game itu dilancarkan pada 12 Disember melalui program Xbox Game Preview. Selain penambahan kemaskini seperti sokongan first-person untuk solo, duo dan skuad, lebih banyak lagi kemaskini yang sedang dirancang termasuklah penambahan pengoptimuman dan peta baru Miramar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.