PUBG telah menerima klasifikasi MA15+ di Australia (klasifikasi kedua paling tinggi game ini boleh terima) dan nampaknya ia membawa nama yang lebih panjang untuk keluaran konsolnya.

Judul  penuh untuk game itu, menurut laman web klasifikasi ialah PlayerUnknown’s Battlegrounds: The Ultimate Life & Death Fight. Membaca tajuknya sahaja kita sudah dapat menangkap game ini tentang apa. Walaupun dengan identiti jenama 15 juta jualan di Steam adalah mungkin bukan satu kebimbangan untuk penerbit Microsoft Studios.

Game itu telah menerima klasifikasi MA15+, yang mana menghalang sesiapa sahaja yang berada di bawah umur 15 tahun daripada membeli game itu tanpa pengawasan dari ibu bapa atau penjaga. Untuk tema ‘impak sederhana’ dan keganasan ‘impak kuat’.

Klasifikasi Australia tidak memberikan banyak informasi tentang kandungan tersebut seperti sistem klasifikasi di seluruh dunia. Tapi kita sudah tahu dengan banyak tentang game ini.

Malangnya, senarai itu tidak memberikan sebarang indikasi tentang bila game itu akan dikeluarkan untuk Xbox One atau sebarang tarikh serta bilakah map Desert akan dikeluarkan? Microsoft juga mahukan game ini sebagai eksklusif untuk Xbox One untuk jangka masa panjang.

Tarikh keluaran PlayerUnknown’s Battlegrounds: The Ultimate Life & Death Fight untuk versi Xbox One, yang mana buat masa ini kita hanya perlu panggilnya sebagai ‘Battlegrounds’ atau ‘PUBG’. Dijangkakan game ini mungkin akan dikeluarkan pada penghujung akhir tahun.

Comments

comments