Satu lagi rekod telah dipecahkan oleh game yang menjadi fenomena global masakini.

2 juta pemain serentak di Steam. Satu angka yang mungkin kita tidak pernah terfikir dicapai oleh mana-mana game. Apatah lagi, ia dicapai oleh sebuah game yang bukan keluaran Valve, dan game ini masih berada dalam versi Early Acces dan belum dilancarkan sepenuhnya.

PlayerUnknown’s Battlegrounds, game yang dibangunkan oleh Bluehole, baru sahaja mencecah 2 juta pemain serentak di Steam semalam.

Angka 1 juta pemain telah pertama kali dicecah oleh DotA 2 pada dua tahun lalu, yang mana takhta game MOBA itu telah dirampas oleh PUBG pada bulan lalu.

PUBG dijangkakan akan keluar dari Early Access pada tahun 2018 untuk PC, manakala untuk versi Xbox One akan boleh didapati pada tahun ini melalui program Game Preview.

Bluehole kini sedang berbincang untuk membawa game ini ke PS4, namun terdapat laporan mengatakan yang Microsoft ingin memanjangkan tempoh eksklusif yang mereka miliki.

Comments

comments