Tiada apa yang boleh menghalang populariti game ini sekarang!

Suatu ketika dulu, kita mungkin akan berkata bahawa tiada mana-mana game yang mampu memecahkan rekod DotA 2. Tetapi ia kini menjadi realiti, dan apa yang lebih menarik adalah rekod ini dipecahkan oleh sebuah game yang bukan keluaran Valve serta masih lagi dalam versi Early Access.

PlayerUnknown’s Battlegrounds kini memegang rekod dalam sejarah platform Steam sebagai game paling ramai dimainkan pada satu-satu masa, mengalahkan pemegang rekod sebelum ini, DotA 2. PlayerUnknown’s Battlegrounds telah mencatatkan seramai 1,342,857 pemain pada malam tadi, menolak DotA 2 ke tangga kedua (1,295,114 pemain) dan Counter Strike: Global Offensive ke kedudukan ketiga (854,801 pemain).

Pengarah kreatif PlayerUnknown’s Battlegrounds di laman rasmi Twitter-nya telah mengucapkan terima kasih kepada para pemain dan penghargaan kepada pasukan yang membangunkan game ini.

Dan persoalannya yang timbul sekarang, berapa jauhkan PlayerUnknown’s Battlegrounds akan pergi selepas ini? Setinggi mana game ini akan meletakkan rekodnya sebagai pemain paling ramai di Steam pada satu-satu masa dalam sejarah?

PlayerUnknown’s Battlegrounds kini korang boleh beli versi Early Access di Steam dengan harga RM74.99. Game ini dijadualkan dilancarkan sepenuhnya pada tahun hadapan dan pelancaran di Xbox One pada akhir tahun ini.

Comments

comments