PlayerUnknown’s Battleground telah menjadi salah satu game shooter yang paling popular pada tahun ini dan hari ini ia telah memecahkan satu lagi rekod.

Pada pagi ini, statistik rasmi di laman Steam mendedahkan bahawa PUBG telah melepasi tiga juta pengguna online serentak di PC dengan jumlah seramai 3,106,358 pengguna. Berjaya memotong Dota 2 yang berada di tangga kedua dengan jumlah pengguna seramai dua juta. Pada bulan september lalu, PUBG telah mencapai seramai sejuta pemain dan pada bulan Oktober seramai dua juta pemain.

Semalam, PUBG Corp. telah mengeluarkan kemaskini pertamanya sejak ia meninggalkan Early Access. Kemaskini tersebut membetulkan beberapa masalah berkaitan lag dan juga memperkenalkan Killcam dan 3D Replay.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.