PlayerUnkn1wn: Friendly Fire tidak lama lagi akan diketahui umum dan mereka akan menyertai PlayerUn4wn: Zombie and Gamers Unknown Survival melalui Steam Direct.

Kita telah melihat lambakan game genre battle royale di mana pembina-pembina video game yang lain cuba untuk mengikuti kejayaan yang berjaya dilakukan oleh PlayerUnknown’s Battlegrounds dengan menghasilkan video game yang hampir sama seperti PUBG.

Kesan sampingan daripada populariti PUBG, digabungkan pula dengan Steam Direct, yang mana kini membenarkan semua orang menjual game telah menyebabkan peningkatan jumlah video game yang cuba mengambil kesempatan bukan pada ciri-ciri yang ada pada game PUBG, tapi pada namanya.

Dalam kes ini, PlayerUnkn1wn: Friendly Fire, sebuah video game aksi top-down singleplayer dan local multiplayer “di mana kamu boleh bermain bersama dengan rakan kamu” dan “cuba untuk bertahan selama mungkin menentang segerombolan musuh dengan himpunan barisan senjata yang banyak.” Tiga jenis senjata yang disenaraikan.

“Jika kamu sudah bersedia untuk menyelam ke dalam dunia yang penuh dengan makhluk teruk, mengumpul senjata dan barang-barang lain maka permainan ini sesuai untuk kamu.” Butiran ini berada laman utama game di Steam. Ia masih lagi di peringkat Early Access. Malah trailer game ini juga tertulis GAME OF THE YEAR. Kelakar.

Walau bagaimanapun, PlayerUnk1wn: Friendly Fire bukanlah video game pertama yang mengambil kesempatan terhadap nama PUBG. Pada bulan November lalu, PlayerUn4wn: Zombie memasuki Early Access juga (walaupun menerima banyak ulasan negatif). Dan juga sebuah game FPS yang dipandang negatif, Gamers Unknown Survival muncul pada Early Access pada bulan September.

Comments

comments