Plants vs Zombies Garden Warfare 2: Open Beta Bermula 14 Januari Ini Untuk Konsol!

Screenshot (118)Set kan tarikh anda. Open Beta permainan video kiut miut yang popular, Plants vs Zombies Garden Warfare 2 akan dibuka pada semua pengguna PS4 dan Xbox ONE pada 14 Januari ini sehingga ke 18 Januari. 

Screenshot (117)

Ini adalah antara aktiviti-aktiviti yang pemain boleh lakukan dalam Beta ini:

  • Ber-enjoy-lah dalam mod terbaru siri ini, Battle Backgrounds (mereka berjanji akan memberi kepuasan dan surprises nanti bila Beta ini dilancarkan, bagi pemain biasakan diri dengan mod ini), dan Flag of Power, mod ini diinspirasikan oleh mod dari shooter lain, King of the Hill, dimana pemain akan terus ke medan perang setiap kali anda boot permainan ini dan rasailah pertempuran ini tidak macam permainan video yang lain.
  • Ada 6 kelas baharu diperkenalkan dalam Garden Warfare 2 ini, beserta dengan pokok dan zombi kegemaran anda dari Garden Warfare dengan sedikit perubahan sana sini.
  • Pemain akan bermain mod Gardens and Graveyards dengan yang terbaru, Herbal Assault dengan 24 orang pemain lain.
  • Ada 4 maps disediakan dalam Beta ini – Moon Baze Z, Frosty Creek, Z-Tech Factory, dan Seeds of Time. Semua map ini adalah baru. Pembuat game ini, PopCap Games berkata ini untuk memberi pemain biasa dengan mekanik gameplay yang baru yang ada dalam Garden Warfare 2 ini, seperti graviti sifar.

Screenshot (119)

Plants vs Zombies Garden Warfare 2 akan berada di pasaran untuk pelantar Playstation 4, Xbox ONE dan PC pada 23 Februari hingga 25 Februari mengikut benua. Adakah pemain sudah bersedia dengan peperangan epik ini ? Tinggalkan komen anda di bawah.

Comments

comments