Plants vs. Zombies: Garden Warfare 2: Memperkenalkan Backyard Battleground!

Backyard Battleground ialah sebuah kawasan terbuka yang membenarkan pemain melakukan pelbagai aktiviti yang menarik bersama rakan-rakan!

Plants-vs-Zombies-Garden-Warfare-2-4Backyard Battleground akan bertindak sebagai pusat pemain berkumpul dan melakukan aktiviti solo atau berkumpulan. PopCap turut berkata Backyard Battleground direka untuk memudahkan pemain masuk dan terus beraksi.

Antara ciri-ciri yang telah diumumkan akan berada dalam Backyard Battleground adalah:

  • Horde mode untuk solo dan co-op.
  • Shooting range.
  • Tempat ubahsuai watak.

Pelbagai info lagi akan diumumkan mengenai Plants vs. Zombies: Garden Warfare 2 kelak. Game ini akan berada di pasaran mulai 23 Februari 2016 di PC, PlayStation 4 dan Xbox One.

JomBaca: Jom berperang dalam Plants vs. Zombies: Garden Warfare 2

Comments

comments