Sebuah kerjasama yang agak unik antara sebuah badan kerajaan dengan sebuah game developer.

Bermula Mac ini, Singapore Police Force’s (SPF’s) dan The Pokemon Company telah melancarkan sebuah kempen anti-jenayah. Bercakap dengan pihak media, ACP Koh telah menyatakan harapan yang kolaborasi ini bakal memberikan kesedaran yang lebih meluas dalam mebanteras aktiviti-aktiviti jenayah.

Beliau juga turut menambah bahawa pihaknya akan terus berusaha untuk menjayakan kerjasama yang unik dan menarik sebegini untuk masa akan datang.

Antara mesej-mesej yang akan disampaikan adalah seperti “Elakkan jalan yang gelap”, “Jangan membeli barangan cetak rompak” dan “Jangan gunakan telefon bimbit semasa memandu”.

Disamping pelbagai aktiviti-aktiviti kesedaran membanteras jenayah, kempen ini turut mengetengahkan perbarisan dan tarian Pikachu

Terima kasih, The Star.

Comments

comments