Microsoft mengatakan Xbox One X sebagai konsol yang paling berkuasa yang pernah dibina dan percaya ia boleh memberikan kepuasan kepada pengguna yang mahukan prestasi dan grafik terbaik atau sebagai pengguna kasual atau hiburan keluarga.

Microsoft telah memfokuskan kepada kunci utama kepada kekuatan Xbox One X. Penyokongan resolusi 4K dan prestasi yang terbaik pada televisyen beresolusi 1080p.

Ketua Xbox, Phil Spencer berkata walaupun syarikatnya telah mencipta konsol yang paling berkuasa di dunia, beliau tidak mahu mengehadkan tajuk-tajuk eksklusif kepada platform tersebut.

Memberikan Xbox One X dan Windows 10 berkongsi sistem operasi yang sama. Phil Spencer berkata beliau mahukan video game sudah tersedia untuk dimainkan pada kedua-dua platform.

“Pertama, saya cuba fikirkan kami sebagai syarikat gaming dan konsol Xbox adalah cara yang terbaik untuk bermain permainan kami di TV, tapi jika kamu mahu bermain permainan kami di PC, Kami mahu kedua-duanya menjadi kenyataan dan bagus.”

Beliau mengakui sesetengah orang akan melihat itu sebagai satu sebab untuk tidak membeli Xbox tapi beliau juga mengakui yang beliau tidak kisah dengan keputusan itu.

Ketua Xbox, Phil Spencer

“Jika ada memutuskan yang mereka akan bermain di PC, saya tidak akan menghalangnya. Kami melihatnya sebagai perkara yang menyihatkan.”

Phil juga menekankan bahawa konsol dan PC memberikan pengalaman yang berbeza. Sesetengah orang tidak boleh bermain dengan baik dengan controller, ada juga yang bergelut dengan keyboard dan mouse. Ada yang mahukan pengalaman berbeza bermain game di TV besar bersama dengan kawan-kawan.

“Setiap platform mempunyai kekuatannya tersendiri dan saya mahu ia boleh dimainkan pada kedua-duanya.”

Dengan Xbox One X diletakkan sebagai puncak dalam kekuatan konsol, kehilangan kebolehan VR (Virtual Reality) telah membuatkan sesetengah pihak berasa terkejut.

Phil Spencer berkata syarikat itu mengelak teknologi tersebut kerana beliau tidak percaya bilik tamu adalah tempat yang ideal untuk menunjukkan segala kebolehan yang VR boleh lakukan.

“Ianya benar yang pada tahun lepas di E3, apabila kami mengumumkan Project Scorpio kami ada menyebut tentang VR. Itu kerana apabila kami melihat pada spesifikasi rekaan berkaitan dengan prestasinya, kami sudah tahu kami boleh membawa pengalaman VR yang bagus ke konsol itu sendiri.”

“Semasa kami melihat pasarannya berkembang, saya tidak mahu cuba memaksa sesuatu yang mengikut syarat permintaan pasaran.”

“Saya suka kerja yang Sony sedang lakukan dengan PSVR dan saya menyukainya atas apa yang mereka sudah lakukan. Tapi untuk kami dan pilihan-pilihan yang kami lakukan, saya masih melihat realiti gabungan sebagai tempat untuk pembelajaran.

Phil Spencer berkata Microsoft memutuskan untuk menyimpan penghasilan teknologi realiti gabungan mereka dan fokus kepada platform Windows.

“Saya rasa PC ialah tempat yang bagus jika dilihat pada luasnya alat dan keterbukaannya pada platform tersebut. Kami sedang melancarkan headset Windows Mixed Reality pada tahun ini dengan kerjasam OEM. Pada harga yang bagus, dengan prestasi baik di mana developer dan pembeli boleh terus menyambung untuk mengembangkan teknologi tersebut.”

“Di dalam bilik keluarga kita dengan konsol kita, hari ini kami berkata, mari fokus untuk menjadi sebuah konsol game yang terbaik.”

Sumber: News.com.au

Comments

comments