Ketua Xbox, Phil Spencer akhirnya telah mengesahkan di dalam temu ramahnya bahawa konsol Xbox Scorpio akan menjadi lebih mahal berbanding konsol Xbox One S.

phil-spencer-project-scorpio-1

Ini sudah boleh dijangka kerana konsol tersebut telah disebut-sebut sebagai “konsol yang paling berkuasa”. Lengkap dengan 8 teras CPU, 320 GB/s memori bandwidth, 6 kuasa Teraflops, visual 4K yang sebenar dan VR hi-fidelity.

“Scorpio akan menjadi konsol premium.” Kata Spencer. “Kosnya akan menjadi lebih mahal daripada Xbox One S secara jelasnya. Itulah bagaimana kami membinanya. Kami belum mengumumkan harga utama untuk Scorpio lagi, tetapi saya ingin memastikan bahawa pelaburan kami meletakkan ke dalam produk Scorpio akan memenuhi permintaan yang lebih tinggi untuk pelanggan akhir dan kerana itu harganya menjadi lebih tinggi.”

Konsol itu dijangka akan berada di pasaran pada hujung tahun 2017. Tetapi selain ciri-ciri spesifikasi yang dinyatakan di atas, tidak banyak yang diketahui untuk konsol tersebut. Phil Spencer menyebut bahawa pengguna Xbox sekarang tidak akan ketinggalan, menjadikan Xbox Scorpio serasi dengan backwards compatible. Mungkin sama dengan tajuk-tajuk Xbox 360 yang berada di Xbox One compatibility list.

Beliau juga mengesahkan Xbox Scorpio tidak akan menggantikan Xbox One S, tetapi sebaliknya ia akan menyertai keluarga Xbox. Idea ini adalah untuk menyediakan konsol yang berbeza pada titik harga yang berbeza. Tidak seperti pasaran PC, di mana pengguna boleh memilih konsol yang paling sesuai dengan keperluan mereka.

“Tidak ada satu produk yang pelanggan-pelanggan kami datang dan membeli.” Katanya. “Ada orang datang dan membeli Xbox One S 500GB. Ramai orang kini membeli konsol Xbox One yang asal pada harga yang benar-benar baik. Tidak ada satu produk yang akan membuatkan anda lihat dan berkata, ‘Ini adalah produk yang mentakrifkan bagaimana anda lakukan dalam pasaran itu.'”

Sumber: mspoweruser

Comments

comments