Nampaknya Pewdiepie “menunaikan” janji beliau untuk memadam akaun Youtube beliau selepas mencapai 50 juta subs.

Dalam laporan kami sebelum ini, Pewdiepie berkata beliau akan memadam akaun Youtube beliau apabila beliau mendapat 50 juta subs – dan peminat beliau seperti hilang punca!

Di Reddit dan di Youtube, peminat beliau seperti tidak percaya akan janji tersebut, ada pula yang memuatturun semua video Pewdiepie yang ada kerana bimbangkan janji beliau.

Lewat malam tadi, Pewdiepie mengeluarkan video terbaru beliau – dan mengatakan semuanya itu hanyalah lawak semata-mata. Kemudian beliau memadam akaun Youtube kedua beliau, Jack septiceye2, yang memiliki 1 juta subs.

Beliau kemudiannya menambah, “Beliau akan memadam akaun Youtube beliau apabila mencapai 100 juta subs,” pula! LOL

Lawak Pewdiepie ini bagaimanapun menjadikan beliau pemilik channel pertama dengan 50 juta subs, dengan HolaSoyGerman di tempat kedua dengan 30 juta subs.

Well played Pewds~

Comments

comments

  • ZFX

    Shaytonnnnn