Pengumuman terbaru daripada Rockstar sedikit mengecewakan para gamers di PC. Mereka mula mengorak langkah!

red-dead-redemption-2-00

Red Dead Redemption 2 baru sahaja diumumkan oleh Rockstar pada malam tadi. Setakat ini, di laman web rasminya, mereka hanya meletakkan platform yang bakal dikeluarkan nanti hanyalah di PlayStation 4 dan Xbox One. Pastinya, ia telah mengecewakan sebilangan gamers kerana PC tidak disenaraikan sebagai platform yang akan dilancarkan kelak.

Terbaru, gamers di PC telah melancarkan sebuah petisyen bagi merayu kepada Rockstar untuk melancarkan Red Dead Redemption 2 di PC. Anda boleh buka dan tandatangan petisyen tersebut di sini.

red-dead-redemption-2

Red Dead Redemption tidak pernah dilancarkan di PC, hanya di PS3 dan Xbox 360. Kini, para gamers di PC tidak mahu lagi ketinggalan dalam memainkan siri game yang sungguh epik ini.

Mungkin gamers di PC boleh berharap, kerana ia mengambil masa 19 bulan untuk Rockstar melancarkan Grand Theft Auto 5 di PC. Mungkinkah gamers di PC terpaksa menunggu selama itu lagi? Atau terpaksa hanya melihat pemain di konsol menikmatinya?