Champions League Asia Tenggara PES 2016 kini sudah memasuki musim ketiga. Jom kita tengok previu bagi online tournament ini!

Peringkat kumpulan secara rasminya telah bermula pada hari ini dan peringkat kalah mati pula akan bermula pada 18 Januari 2016. Kemudian, perlawanan akhir pula akan dilangsungkan pada 24 Januari.

pes-sea-cl-season-3

Jom kita tengok pula senarai 4 pemain dari setiap 4 buah negara – Malaysia, Indonesia, Thailand & Vietnam.

Malaysia

Juara bertahan untuk dua musim berturut-turut, Erwan Degasa pastinya menjadi tumpuan utama untuk musim ketiga ini. Mampukah beliau melakukan hatrik, seterusnya kekal menjadi satu-satunya juara untuk tournament ini?

Menemani Erwan dari kem tanah air adalah Chuah K. Cheong, Syeriiqbal Mustapha dan juga Yazid Dragon.

pes-sea-cl-season-3-malaysia

Indonesia

Wakil dari Indonesia pula adalah Adhitia Putra, Ahmad Habibie, Lucky Maarif dan Kurniawan. Kem dari negara jiran ini pastinya kelihatan sedikit berbeza selepas juara mereka, Zacky Asy’ari telah mengundurkan diri atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

pes-sea-cl-season-3-indonesia

Thailand

Tidak banyak perubahan dalam senarai wakil dari negara gajah putih ini jika dibandingkan dengan musim kedua lalu. Menemani juara mereka Bossui adalah Ton Sienwinning, Samadtana dan Arm Aknaichi.

pes-sea-cl-season-3-thailand

Vietnam

Dari kem Vietnam pula lain ceritanya. Kelihatan beberapa muka baru yang berjaya meloloskan diri mewakili negara mereka. Mereka adalah Huy Hoang, Tao Tau, Nguyen Tung dan juga satu-satunya pemain yang kekal dari musim lalu, Jimmy Nguyen.

pes-sea-cl-season-3-vietnam

Undian peringkat kumpulan telah dilalukan pada pagi tadi oleh PES League Asia. Berikut adalah 4 buah kumpulan yang telah diundi:

pes-sea-cl-season-3-group-2

pes-sea-cl-season-3-group-1

Pastinya, kumpulan tumpuan untuk musim ketiga ini adalah Kumpulan 4. Dua pemain paling liat dan kental rantau ini, Erwan dan Bossui berada dalam kumpulan yang sama!

Sebagai tambahan, juara untuk musim ketiga ini akan mendapat kelayakan automatik ke SEA Champion League Hanoi, di mana offline tournament bakal diadakan di Hanoi, Vietnam. Buat masa ini, sebarang maklumat lanjut mengenai tournament ini masih lagi belum didedahkan pihak penganjur. Kami akan menyampaikan berita terkini mengenainya sebaik sahaja kami mendapat maklumat yang lebih lanjut.

pes-sea-cl-hanoi

Sama-sama kita nantikan siapakah bakal menjuarai musim ketiga ini. Adakah Erwan bakal menggondol kejuaraan ini buat kali ketiga berturut-turut? Atau adakah kita bakal menyaksikan juara Asia Tenggara yang baru? Letakkan ramalam korang di ruangan komen di bawah!

JomBaca: PES SEA CL: Malaysia Juara Dua Kali Berturut-Turut! Jom Tonton Aksi Final

Comments

comments